Selalu Amalkan Mengaji Lepas Subuh, Ozlynn Dedah Rahsia Anak Baik & Dengar Kata

Nampak saja mudah, tapi hakikatnya mengasuh anak-anak adalah antara dilema yang sering memeningkan rata-rata ibu bapa. Walaupun terdapat pelbagai kesilapan yang dilakukan tanpa kita sedari sepanjang proses terbabit, namun anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dibentuk sebaik-baiknya. Perkongsian oleh Ozlynn baru-baru ini di Instagram miliknya wajar dijadikan teladan. Hal ini kerana dia percaya anak-anak bukan perlu diajar melalui paksaan tetapi teladan.

BACA: Rembat Kain Telekung Adik Buat Pelikat, Ozlynn Kata Asalkan Ada Hati Nak Solat

Mengaji supaya tak tidur balik lepas Subuh..

Bergelar ibu kepada 5 orang anak bukanlah perkara yang mudah kerana masing-masing ada karakter dan perangai tersendiri. Namun sambil menyaksikan mereka membesar, Ozlynn akui sentiasa cuba memahami dan memberikan perhatian penuh kepada anak-anaknya.

Anak-anak ni sebenarnya mahukan perhatian je..

Budak akan ikut apa kita buat…bukan apa kita suruh

Ujar isteri Johan Raja Lawak ini lagi, dia akui cuba mengurus sendiri anak-anak meskipun keluarganya ada mengupah pengasuh. Berkenaan didikan agama pula, Ozlynn hanya menerangkan perkara itu sepatutnya bermula daripada sikap ibu bapa dahulu. Secara tak langsung, anak-anak akan terbiasa dan seronok melakukan proses ibadah hingga mereka dewasa. 

Didikan awal tu penting.. nak atau tak nak je

Di hujung posting terbabit, Ozlynn turut menyeru para ibu bapa di luar sana agar teruskan berusaha sebaik mungkin dalam membesarkan anak masing-masing. Ternyata perkongsian cukup bermakna ini mendapat banyak pujian serta dikagumi para pengikut di laman media sosial tersebut.

Alhamdulillah…semoga jadi anak soleh & solehah semuanya

Betul…parents bukan hanya menyuruh je

Sumber: IG jozlynnhanania

Apa Komen Anda?