Selalu Bagi Pandangan ‘Lain Macam’, Isteri Maut Di Tangan Kawan Suami Sendiri!

Bila berbicara tentang soal kawan-kawan, mereka boleh datang dalam pelbagai cara. Mungkin ada yang datang sebagai teman di kala susah dan senang, ada yang selaku pemerhati. Malah tak kurang juga yang hadir sebagai penduga dalam diri kita semua. Jika tersilap pilih kawan, anda boleh mengundang pelbagai risiko terhadap diri sendiri, termasuklah ahli keluarga yang lain seperti sebuah jenayah yang pernah berlaku sekitar tahun Mac 2015 yang lalu ini.

BACA: “Maafkan Suamimu Sayang” – Kisah Bapa Hanya Bawa RM20 Ke Mall Ini Undang Sebak!

Bayangkan suami baru balik…jumpa isteri nyawa-nyawa ikan

Menerusi perkongsian oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Aminahtul Marrdiah ini, dia menyingkap kembali tragedi yang berlaku kepada isteri Mohd. Azrul Isahak, iaitu Allahyarhamah Yashmin Fauzi yang dikelar serta ditinggalkan tanpa seurat benang di hadapan rumah mereka pada ketika itu. Apa yang menyedihkan adalah pelaku kejadian tersebut rupanya adalah rakan suami itu sendiri.

Suami kenal suspek 2 tahun…setiap kali datang rumah bagi pandangan ‘lain macam’

Lokasi Yashmin ditinggalkan. Kredit foto: Berita Harian

Pada awalnya, suspek dikatakan hanya menyamun sejumlah wang daripada wanita itu. Tapi selepas siasatan lanjut dibuat, dia juga didapati bersalah kerana merogoI sambil diperhatikan oleh anak-anak kecil keluarga tersebut. 

Gambar sekadar hiasan

Mencuri waktu mereka tidur…dia libas golok (parang) bila si isteri tersedar

Kredit foto: Utusan

Tolong hati-hati dengan siapa & di mana pun kita berada

Jelas wanita ini, dia tidak dapat bayangkan apakah perkara yang difikirkan oleh suspek sehingga tergamak melakukan jenayah sedemikian rupa di kediaman keluarga yang bertempat di Kampung Batu Papan, Gua Musang itu. Akhirnya pesalah itu dijatuhkan hukuman gantung atas kesemua kesalahan yang dilakukan terhadap wanita itu. Dalam masa yang sama juga, Aminahtul turut menyeru orang ramai agar sentiasa peka tentang keselamatan diri dan keluarga.

Sumber: Twitter minmdnor & Utusan 

Apa Komen Anda?