Hiburan Viral

Selalu Bengang Ketika Beri Komen, Nampak Siapa Sang Bara Terus Tak Jadi Marah

Selalu Bengang Ketika Beri Komen, Nampak Siapa Sang Bara Terus Tak Jadi Marah

Setelah 10 minggu rancangan ‘Maharaja Lawak Mega 2021’ ditayangkan, ramai ternanti-nanti untuk mengetahui siapakah insan di sebalik naga merah bersuara garang yang memberikan komen kepada para peserta. Ramai orang cuba meneka dan antara individu yang terpalit dalam ‘perbincangan’ netizen termasuklah Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam, Kamal Adli dan Redza Rosli.


BACA: Gagal Raih Juara, Bocey Akhirnya Buka Mulut Tak Selesa Mainkan Isu Viral

Tak kan Uqasha tak perasan kau Sang bara? Saya nak datang tapi Uqasha kata seat Sang Bara je ada

Malam tadi, Sang Bara melangkah kali pertama diiringi oleh dua orang lelaki sambil diselubungkan dengan kain hitam bersama topeng naga. Sebaik sahaja dibuka, Uqasha Senrose amat terkejut kerana tidak pernah menyangka suaminya akan membuat kemunculan pada malam tersebut.


@zahraatv73

#maharajalawakmega2021 #foryou #sangbara

♬ original sound – ZAHRAATV – ZAHRAATV

I tak sangka, I duk tengok Tok Ram…Tak, I terus tak marah

Ketika sedang rancak berborak, ada suara garau tiba-tiba didengari. Ternyata penampilan Kamal Adli hanyalah gimik semata-mata dan insan yang memegang watak Sang Bara selama 10 minggu ini ialah Sharnaaz Ahmad. Mengenangkan selalu bertelingkah dengan ‘naga’ berkenaan sewaktu sesi pemberian komen, Diana Danielle berseloroh sudah tidak ada perasaan marah selepas tahu identiti sebenar pemilik suara itu.


@zahraatv73

Reply to @elisyagaming #foryou #maharajalawakmega2021 #tiktokviral #sangbara

♬ original sound – ZAHRAATV – ZAHRAATV

Smart gila mamu…Dah agak dah, cara bercakap pun dah boleh agak

Meninjau ke ruangan komen, rupa-rupanya ramai netizen sebenarnya sudah dapat meneka siapakah gerangan Sang Bara melalui gaya percakapannya. Bukan itu sahaja, mereka juga sempat memuji Sharnaaz Ahmad kelihatan segak berpakaian kemeja lengkap seperti itu.

Selalu Bengang Ketika Beri Komen, Nampak Siapa Sang Bara Terus Tak Jadi Marah

Selalu Bengang Ketika Beri Komen, Nampak Siapa Sang Bara Terus Tak Jadi Marah

Selalu Bengang Ketika Beri Komen, Nampak Siapa Sang Bara Terus Tak Jadi Marah

Kredit: TikTok zahraatv73, YouTube Lawak MLM 2021, Instagram Astro Gempak, Instagram Zon Lawak

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Selalu Bengang Ketika Beri Komen, Nampak Siapa Sang Bara Terus Tak Jadi Marah

Facebook

Telegram