Selalu Keguguran Rambut? Salah Satu Petanda Perempuan Mungkin Alami Stress

Setiap orang sudah pasti akan mengalami stress di dalam kehidupan mereka. Stres merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu merasakan tertekan disebabkan oleh bererapa perkara tertentu seperti ketegangan fizikal dan gangguan emosi serta psikologi. Petanda-petanda anda mungkin tertekan boleh dilihat dari segi fizikal seperti perubahan yang terdapat pada diri masing-masing. Menurut kajian, wanita kerap memiliki petanda dari segi fizikal apabila mengalami tekanan.

BACA: Hilang Minat Nak Buat Kerja Sendiri, Rupanya Petanda Anda Ada Burnout Syndrome

Keguguran rambut yang melampau

Merujuk kepada theAsianParent, antara petanda seorang wanita itu mungkin mengalami stress adalah keguguran rambut yang melampau. Ini adalah perkara biasa namun jika seseorang kehilangan rambut sebanyak 50-100 helai sehari, itu menunjukkan mereka mungkin berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Bagi mengatasi masalah ini, amalkanlah pemakanan yang seimbang supaya keguguran rambut itu dapat dikawal.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Perut tidak selesa & hilang selera makan

Umum mengetahui, sistem saraf pada otak turut berhubung dengan saluran pencernaan. Disebabkan itulah apabila seseorang itu mengalami stress, mereka juga akan merasa tidak selesa pada bahagian perut. Berdasarkan The Shonet, rasa tertekan yang berpunca daripada otak itu akan mempengaruhi sistem pencernaan seperti perut dan usus. Malahan, mereka juga akan kehilangan selera makan dan berat badan jika mengalami stres yang berpanjangan.

Gambar sekadar hiasan

Pertumbuhan jerawat yang banyak

Tekanan turut boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat yang terlalu banyak terutamanya di muka. Keadaan ini berpunca daripada rasa tertekan yang menjadikan sel-sel di tubuh badan tidak berfungsi dengan normal. Oleh itu, jagalah pemakanan dan dapatkanlah rawatan daripada doktor jika masalah jerawat itu semakin teruk.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: theAsianparent & The Shonet

Advertisement

Apa Komen Anda?