Cinta Viral

Selalu ‘Membawang’ Di Tembok Depan Rumah, Tak Sangka Berjodoh Jiran Sebelah

Selalu ‘Membawang’ Di Tembok Depan Rumah, Tak Sangka Berjodoh Jiran Sebelah

‘Jodoh di tangan tuhan’, inilah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan kisah pasangan pengantin baru ini apabila akhirnya berkahwin dengan orang terdekatnya sahaja. Siapa sangka, jiran yang selama ini menjadi teman berborak setiap hari menjadi pasangan hingga ke Jannah.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Dalam kelas tak pernah tegur…Bila nampak depan rumah, terdetik “macam pernah nampak budak ni kat sekolah”

Sebuah video dikongsikan oleh @eyda.rahm4n tular selepas dia mendedahkan perihal adik iparnya. Memetik laporan daripada mStar, mereka mula mengenali antara satu sama lain sejak dibangku sekolah lagi. Walau bagaimanapun, pasangan ini rapat selepas tamat persekolahan. Mereka sering berborak persis ‘Mak Cik Bawang’ di depan tembok rumahnya.

Selalu ‘Membawang’ Di Tembok Depan Rumah, Tak Sangka Berjodoh Jiran Sebelah

Selalu ‘Membawang’ Di Tembok Depan Rumah, Tak Sangka Berjodoh Jiran Sebelah

Saya & pengapit keluar ikut pintu belakang rumah saya…Masuk pintu belakang rumah isteri ke pelamin

Sempat berkongsi moment hari persandingan, Zaim serta pengapitnya mengambil inisiatif keluar dari pintu belakang rumahnya kerana ramai tetamu di hadapan. Kemunculan mempelai lelaki dari dalam rumah pengantin perempuan ternyata menimbulkan seribu tanda tanya kepada orang ramai yang tidak pernah melihat situasi seperti itu.

@eyda.rahm4n

Tahniah satu²nye my adik lelaki 👩🏻‍❤️‍👨🏻 #justmarried #selamatpengatinbaru #adikbongsu #ZaimxTasha #fypシ

♬ original sound – 𝓔𝔂𝓭𝓪 𝓡𝓪𝓱𝓶𝓪𝓷 💋 – 𝓔𝔂𝓭𝓪 𝓡𝓪𝓱𝓶𝓪𝓷 💋

 

@eyda.rahm4n 💞 Selamat Pengantin Baru 💞 #4beradik #mekakaksulung #adiklelaki #adikbongsu #ZaimxTasha #jodohsebelahrumah #jiran #justmarried #fypシ ♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

Selalu ‘Membawang’ Di Tembok Depan Rumah, Tak Sangka Berjodoh Jiran Sebelah

Selalu ‘Membawang’ Di Tembok Depan Rumah, Tak Sangka Berjodoh Jiran Sebelah

Selalu ‘Membawang’ Di Tembok Depan Rumah, Tak Sangka Berjodoh Jiran Sebelah

Senang, jimat duit minyak & tenaga…Kalau raya tak adalah bertekak nak balik mana dulu

Sejak dikongsikan 3 hari lalu, video berkenaan telah meraih 212 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan perkahwinan sesama jiran rumah sebagai satu hubungan yang memudahkan. Ini kerana mereka tidak akan berhadapan dengan perbalahan balik ke kampung semasa hari perayaan nanti.

Selalu ‘Membawang’ Di Tembok Depan Rumah, Tak Sangka Berjodoh Jiran Sebelah

Selalu ‘Membawang’ Di Tembok Depan Rumah, Tak Sangka Berjodoh Jiran Sebelah

Selalu ‘Membawang’ Di Tembok Depan Rumah, Tak Sangka Berjodoh Jiran Sebelah

Selalu ‘Membawang’ Di Tembok Depan Rumah, Tak Sangka Berjodoh Jiran Sebelah

Kredit: Portal mStar & TikTok Eyda Rahman

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Selalu ‘Membawang’ Di Tembok Depan Rumah, Tak Sangka Berjodoh Jiran Sebelah

Facebook

Telegram