Mungkin ramai antara akan gemar menyimpan wang di bank mahupun di tabung. Namun, ada juga yang gemar menyimpan di sebuah tempat rahsia bagi tujuan keselamatan. Namun, lain pula sebab seorang lelaki asal Thailand ini apabila bertindak menyembunyikan wang simpanan daripada pengetahuan si isteri.
BACA: Tak Ralat Hadiahkan Duit KWSP RM10K, Anak Tegaskan Ibu Bukan Jenis Suka Meminta
Isteri mengaku suami beri banyak alasan saat minta wang, selalu kata tiada wang

Kucing bongkar ‘tempat rahsia’ suami sorok wang daripada isteri
Bagaimanapun, helah lelaki berkenaan akhirnya terbongkar selepas kucing peliharaan membongkar kebenarannya. Katanya ketika itu, haiwan tersebut difahamkan telah menemui sebuah kotak yang dipenuhi dengan wang di dalam rumah mereka. Ia berlaku ketika si bulus itu telah memanjat sebuah almari sebelum ia secara tidak sengaja berselerak di atas lantai.
Ratusan wang berselerak di atas lantai, rupanya suami dah lama simpan wang senyap-senyap
Disebabkan kejadian itu, isterinya seketika terkedu selepas melihat ratusan wang kertas yang disimpan oleh si suami. Kongsi wanita tersebut, lelaki berkenaan dilaporkan telah mengumpulkan wang bernilai 2000 Baht iaitu sebanyak RM253.50. Walaupun terhibur dengan reaksi tidak bersalah kucingnya, namun dia tetap berterima kasih kerana si comel telah membongkarkan rahsia suaminya selama ini.
Kredit: Manila Papers
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
