‘Selalu Post Gambar & Video Dengan Hayla Je, Habis Anak Sulung Kat Mana?’

Sejak dulu lagi, ada netizen yang mempertikaikan apabila melihat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kerap berkongsi gambar dan video di Instagram dengan anak bongsu mereka, Hayla berbanding dengan anak sulung, Attar yang kini berusia enam tahun. Ada yang menyifatkan mereka sebagai ibu bapa yang pilih kasih kerana Attar tidak seperti kanak-kanak lain memandangkan dia mempunyai masalah speech delay. 

BACA: Throwback Zaman Muka Jambu, Ramai Perasan Wajah Aeril Zafrel Macam..

Antara komen netizen pada sebuah video mesra Wawa Zainal dan Hayla yang dikongsikan ke Instagram beberapa bulan lalu..

Mama terlalu cinta.. mama terlalu rindu

Kenapa tak pernah buat video macam ni dengan anak sulung

Walau die tak sempurna macam Hayla, terimalah seadanya

Memandangkan ramai yang bertanya mereka di ruangan DM, baru-baru ini Aeril Zafrel ada memberikan penjelasan tentang perkara itu. Menurut Aeril, gambar Attar jarang dikongsikan kerana anak itu sibuk dengan jadual persekolahannya. 

Kami tak bawak dia bercuti sebab dia sekolah pagi dengan petang

Disebabkan Attar perlu ke sekolah, maka anak sulung itu terpaksa ditinggalkan ke Malaysia ketika mereka bercuti sebentar ke Vietnam baru-baru ini.

Malah, perkara tentang Attar turut pernah diberitahu Wawa sendiri sebelum ini. 

I bagitau buat ke 200 kali. Attar sekolah 9am-6pm

Wawa juga pernah akui merindui anak bujangnya itu kerana Attar kini telah sibuk dengan persekolahannya, menyebabkan masa bersama menjadi terhad. 

Rindunya Attar.. Jarang ada masa dengan mama ayah

Sumber: IG aeril_zafrelw4w4_zainal

Apa Komen Anda?