Hiburan Viral

Selalu Pucat, Pakar Sahkan Puteri Balqis Bebas Kanser Tapi Hidap ‘Masalah Aneh’

Selalu Pucat, Pakar Sahkan Puteri Balqis Bebas Kanser Tapi Hidap ‘Masalah Aneh’

Sharing is caring!

Selepas sahaja muncul dalam program ‘Bersamamu’ hujung minggu lepas, kisah mengenai kehidupan artis cilik iaitu Puteri Balqis sering mendapat perhatian daripada pengikut seni hiburan tanah air. Siapa sangka, Puteri Balqis yang dahulunya merupakan antara bintang besar kini berubah 360 darjah dengan menjual buku puisi di jalanan. Menyorot kronologi, Puteri Balqis didakwa menghidap masalah pada bahagian hati sehingga membuatkan aktiviti seninya terpaksa dihentikan. 


BACA: Abang Ada Untuk Sayang – Pemuda Redha Atas Pemergian Isteri Akibat Kanser

Pakar sahkan tidak hidap kanser

Menerusi portal Harian Metro, Pakar Pediatrik dan Neonatologi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Masri Muhamed bagaimanapun memaklumkan bahawa kanak-kanak itu tidak menghidap kanser. Bahkan ujian secara klinikal juga tidak berjaya menemukan apakah komplikasi sebenar yang dihadapi olehnya. Namun disebabkan keadaan fizikal kanak-kanak itu yang lemah dan pucat, pemeriksaan lanjut tetap dijalankan.


Selalu Pucat, Pakar Sahkan Puteri Balqis Bebas Kanser Tapi Hidap ‘Masalah Aneh’

Selalu Pucat, Pakar Sahkan Puteri Balqis Bebas Kanser Tapi Hidap ‘Masalah Aneh’

Selalu Pucat, Pakar Sahkan Puteri Balqis Bebas Kanser Tapi Hidap ‘Masalah Aneh’
Kredit foto Harian Metro

Kandungan hemoglobin rendah

Dalam pada itu, Dr Masri mendapati kandungan hemoglobin dalam badannya juga rendah. Oleh sebab itu, beliau terpaksa menjalankan ujian lain terhadap beberapa fungsi organ seperti hati dan buah pinggang. Setelah memperoleh kesemua hasil ujian rawatan, beliau menegaskan gadis itu sememangnya tidak menghidap kanser. Sebaliknya, pelakon drama ‘Akulah Balqis’ itu berkemungkinan ada masalah lain yang masih menjadi tanda tanya sehingga kini. 


Selalu Pucat, Pakar Sahkan Puteri Balqis Bebas Kanser Tapi Hidap ‘Masalah Aneh’

Selalu Pucat, Pakar Sahkan Puteri Balqis Bebas Kanser Tapi Hidap ‘Masalah Aneh’

 

Sumber: Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!