Penerimaan masyarakat di Malaysia terhadap kehidupan berpoligami tidaklah begitu terbuka meskipun perkara ini dihalalkan dalam agama IsIam. Ini kerana tidak semua wanita sanggup berkongsi kasih dengan wanita lain, membuatkan budaya poligami sangat ditentang dalam masyarakat hari ini. Namun, tidak bagi keluarga seorang Instafamous yang terkenal dengan nama Cupcake Aisyah ini apabila keluarganya dilihat harmoni dalam kehidupan berpoligami.
BACA:Â [VIDEO] Rapat Macam BFF, Suami Tak Sangka Madu Bahagia Duduk Sebumbung!
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Bini muda dan bini tua
Difahamkan, ibu kepada Cupcake Aisyah yang digelar sebagai Mama Sue merupakan isteri kedua dan dia telah berkahwin dengan Dato’ Mohd Razip ketika lelaki itu sudah memiliki empat orang anak hasil perkahwinannya dengan isteri pertama yang digelar sebagai Mama Awi.
Keluarga mereka berjumpa buat pertama kalinya selepas Mama Sue berkahwin dengan Dato’ Razip selama 9 tahun. Ketika itu, anak sulungnya baru berusia 7 tahun.Â
Akui Mama Sue, dia agak gugup juga untuk berjumpa dengan madunya itu buat pertama kali kerana bimbang dengan penerimaan wanita itu. Namun kini setelah bermacam-macam dugaan berlaku pada awalnya, kehidupan mereka semakin bahagia walaupun hidup secara bermadu.
Pada Mama Sue, suaminyalah yang banyak memainkan peranan menyatukan mereka sekeluarga sehingga menjadi serapat sekarang. Mereka gemar meluangkan masa bersama dengan bercuti ke luar negara, malah kedua-dua madu ini sering berjumpa setiap hari untuk makan bersama-sama.Â
Menarik sekali, anak-anak tiri begitu rapat dengan ibu tiri masing-masing sehinggakan tiada istilah ‘tiri’ antara mereka. Mama Awi mempunyai empat orang anak iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki. Manakala Mama Sue memiliki dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan iaitu Cupcake Aisyah.
Mama Sue dan keluarganya
Mama Sue bersama anak-anak tiri
Mama Awi bersama anak-anaknya
Selain bercuti ke luar negara, kedua-dua keluarga ini juga gemar merapatkan silaturrahim antara mereka dengan keluar makan bersama-sama.Â
Keharmonian keluarga mereka jelas terpancar walaupun hidup berpoligami dan keserasian keluarga ini sering menjadi tumpuan ramai di Instagram. Malah keakraban Mama Sue dan Mama Awie membuatkan ada yang menyangka mereka sebagai menantu dan ibu mertua.Â
Berikut adalah ucapan hari jadi yang pernah diucapkan Mama Sue kepada Mama Awi.
Terima kasih sudi terima saya dalam hidup awak
Sumber: IG suerazip
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura