Dalam Islam, kita diajar tentang adab ketika hidup berjiran. Namun tak dinafikan mencapai kesepakatan dan keharmonian dalam kawasan kejiranan sama bukan hal yang mudah. Tidak kiralah sama ada hidup di bandar mahu pun di kampung, boleh dikatakan macam-macam ragam jiran yang boleh kita jumpa sehingga ada kalanya boleh menyebabkan perselisihan faham besar.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Bengang jiran suka parking depan rumah, siap tuduh rosakkan kereta dia
Bercakap mengenai pengalaman berhadapan dengan jiran seperti itu, seorang wanita di Twitter meluahkan kekecewaannya. Dia ternyata sudah penat melayan kerenah mereka yang sering memarkirkan kenderaan di hadapan pagar rumahnya. Malah lengkap dengan pakej menuduhnya menghentam kereta milik jirannya itu.

Selamba datang buang sampah dalam tong sampah orang lain pulak
Merasa terpanggil selepas membaca luahan berkenaan, netizen di ruangan komen turut mengambil kesempatan mendedahkan pula kisah mereka. Ada yang terpaksa berhadapan sejenis jiran yang tidak mempunyai ‘common sense‘ apabila dengan selamba membuang sampah berhampiran kediaman orang lain sedangkan sudah tersedia tong sampah di hadapan rumah mereka.

Time 10 malam tu lah baru nak alih meja, kerusi. Belum campur jerit kuat-kuat lagi
Selain itu, ada juga perlu bersabar dengan kerenah sejenis jiran yang suka membuat bunyi bising terutamanya pada waktu malam. Hal ini ibarat tiada langsung perasaan hormat hidup dalam sebuah masyarakat.

Sumber: Twitter Nur Fizaa
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
