Viral Isu Semasa Kehidupan

Selamba Halang, Warga Singapura Tersengih Macam Kerang Busuk Dapat Cop Parking

Selamba Halang, Warga Singapura Tersengih Macam Kerang Busuk Dapat Cop Parking

Kebenaran merentas sempadan negara sejak 1 April lalu telah memberikan impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia, khususnya sektor pelancongan. Namun di sebalik khabar gembira itu, tidak kurang juga ada berita yang kurang enak didengar seperti ragam ‘pelik’ yang dilakukan oleh segelintir rakyat negara jiran.

BACA : 8 Jam Tak Sedar Parking Di Petak Reserved, Lelaki Gelabah Ketahui Nama Pemilik

Perempuan ni boleh turun, pergi cop parking kat kereta yang nak keluar tu…sedangkan adik dah tunggu nak masuk

Baru-baru ini, tular pula kejadian melibatkan ragam seorang warga Singapura yang sengaja ‘cop parking‘ sebuah pusat membeli belah tempatan. Video berkenaan dimuat naik oleh seorang gamer yang dikenali sebagai Sya melalui halaman Facebook rasminya. Kejadian tersebut menimpa adiknya, yang mahu masuk ke satu petak parkir susulan ternampak ada kereta sedang bersedia keluar dari situ. Walau bagaimanapun, tiba-tiba ada seorang wanita berhijab muncul sekali gus ‘menjaga’ kawasan tersebut.

Selamba Halang, Warga Singapura Tersengih Macam Kerang Busuk Dapat Cop Parking

Bila kereta family perempuan tu datang, dia block kereta adik Sya…tersengih-sengih seperti kerang busuk di situ

Walaupun petak parkir sudah kosong, wanita terbabit selamba menghalang kereta adik Sya. Tidak lama kemudian, sebuah SUV dengan nombor pendaftaran Singapura muncul dari belakang. Meskipun bunyi hon telah dibunyikan, namun pemandu berkenaan seolah-olah masuk ke ruang parking tersebut tanpa rasa bersalah langsung. Secara keseluruhannya, paparan video yang memaparkan kejadian itu telah dikongsi lebih 3.5 ribu kali di Facebook dalam masa sehari.

Selamba Halang, Warga Singapura Tersengih Macam Kerang Busuk Dapat Cop Parking

Orang dah lama tunggu siap signal, suka hati je cop parking…walhal semua pengunjung bayar harga parking yang sama kot

Hasil tinjauan mendapati, rata-rata netizen menyifatkan tingkah laku wanita dan pemandu warga Singapura berkenaan sangat biadab selain tidak bertimbang rasa. Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan agar bukti rakaman jenayah ini diserahkan kepada pihak polis agar dikenakan hukuman setimpal.

Selamba Halang, Warga Singapura Tersengih Macam Kerang Busuk Dapat Cop Parking

Selamba Halang, Warga Singapura Tersengih Macam Kerang Busuk Dapat Cop Parking

Selamba Halang, Warga Singapura Tersengih Macam Kerang Busuk Dapat Cop Parking

Selamba Halang, Warga Singapura Tersengih Macam Kerang Busuk Dapat Cop Parking

Selamba Halang, Warga Singapura Tersengih Macam Kerang Busuk Dapat Cop Parking

Kredit : FB HeyXpG

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Selamba Halang, Warga Singapura Tersengih Macam Kerang Busuk Dapat Cop Parking

Facebook

Telegram