Viral

Selamba Jalan Tak Pakai Kasut Di KLCC, Bapa Terkejut Tapak Kaki Sendiri Bersih

Selamba Jalan Tak Pakai Kasut Di KLCC, Bapa Terkejut Tapak Kaki Sendiri Bersih

Sharing is caring!

Malaysia sememangnya terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan terkemuka di Asia Tenggara. Selain itu, terdapat banyak universiti bertaraf antarabangsa yang memberikan peluang kepada orang luar negara untuk menyambung pendidikan. Kisah ini sama seperti dikongsi oleh seorang pelajar international apabila dia menerima kehadiran ibu bapanya ke Kuala Lumpur pada dua bulan yang lalu.


BACA: [VIDEO] Rancak Mengata Perempuan Dalam TikTok, Terkejut Bini Muncul

Ayah terpaksa berjalan tanpa pakai kasut…Terkejut tengok warna tapak kaki sendiri

Menerusi video di TikTok, Kamila Niyazmatova telah menemani bapanya bersiar-siar di sekitar kawasan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Dalam masa sama, gadis berkenaan mengatakan bahawa kasut bapanya telah terkoyak sehingga menyebabkan lelaki itu terpaksa ‘berkaki ayam’ di sepanjang laluan tersebut. Mujur jalan yang dilalui itu berada dalam keadaan rata dan sejuk gara-gara dibasahi dengan air hujan. Walau bagaimanapun, beberapa saat kemudian wanita itu terkejut apabila mendapati tapak kaki ayahnya kelihatan bersih.


@kami_talks

I MEAN😂 #malaysia #love #fyp #parents #coolparent

♬ original sound – kami_talks

Malaysia memang sangat bersih…Bilik sendiri lagi kotor daripada jalan itu

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berasa teruja dan seronok selepas mendengar kata-kata pujian daripada gadis berkenaan malah turut berbangga menjadi rakyat Malaysia. Di samping itu, mereka turut berseloroh mengatakan bahawa keadaan di kawasan berkenaan lebih bersih berbanding bilik sendiri. Video ini juga telah berjaya meraih 1.2 juta jumlah tontonan selepas dimuat naik.


Selamba Jalan Tak Pakai Kasut Di KLCC, Bapa Terkejut Tapak Kaki Sendiri Bersih

Selamba Jalan Tak Pakai Kasut Di KLCC, Bapa Terkejut Tapak Kaki Sendiri Bersih

Selamba Jalan Tak Pakai Kasut Di KLCC, Bapa Terkejut Tapak Kaki Sendiri Bersih

Selamba Jalan Tak Pakai Kasut Di KLCC, Bapa Terkejut Tapak Kaki Sendiri Bersih

Sumber: Instagram kami_talks, TikTok kami_talks

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!