Selepas 5 Tahun Perkenalan, Gadis Ini Teruja Dapat ‘Hadiah Raya’ Bermakna

Setiap insan yang bercinta pastinya mahu menamatkan hubungan dengan ikatan perkahwinan. Namun mereka perlu melalui fasa perkenalan terlebih dahulu meskipun kadang-kadang mengambil masa lama. Seperti yang dilalui oleh seorang gadis ini apabila teman lelakinya datang merisik di raya ketiga selepas lama berkenalan. Gadis bernama Anis ini telah berkongsikan moment gembira itu di laman Twitter miliknya dan telah meraih 11 ribu retweets setakat ini!

Baca : Tuah Buat Muka Tebal, Lelaki Ini Buka Cerita Ngorat Bini Di FB Masa Hari Raya!

Terima kasih untuk hadiah hari raya ini. Semoga Allah mudahkan urusan kita semua!

Sebelum datang merisik, teman lelakinya telah menyatakan hasrat murni tersebut dengan lebih awal kepada Anis.

Jumaat ni family b datang merisik…

Walaupun jarak tempat tinggal masing-masing tidak begitu jauh, namun Anis mendedahkan bahawa dia jarang berjumpa dengan teman lelakinya itu. 

Kami dah jalin hubungan jarak jauh selama 5 tahun. Biar lambat tapi pasti. Harapnya hujung tahun atau 2020 nanti menjadi tahun kami.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.

Di saat orang lain sibuk menerima tetamu datang beraya, Anis pula sangat gembira menerima kedatangan rombongan merisik dari keluarga teman lelakinya.

Tak nak terburu-buru…saya ikut flow dia

Sumber : Twitter Anis

Apa Komen Anda?