Cinta Family

Selepas 7 Tahun Sabar Menanti, Wanita TTC Ini Akhirnya Dikurniakan Zuriat

Selepas 7 Tahun Sabar Menanti, Wanita TTC Ini Akhirnya Dikurniakan Zuriat

Mempunyai cahaya mata pastinya menjadi idaman semua pasangan suami isteri. Zuriat berkenaan akan dapat mengukuhkan dan melengkapkan mahligai cinta yang telah dibina. Namun tidak semua wanita dianugerahkan untuk merasa kemanisan itu dalam masa yang singkat.

BACA : Mak Buyung Berjurai Air Mata, Akhirnya Lepas Ngidam Nak Makan Kek Pengantin

Tabarakallah…Selepas Hampir 7 tahun menanti

Menerusi video TikTok,  salah seorang wanita TTC atau dalam bahasa yang lebih mudah ‘wanita cuba untuk mengandung’ membuat sebuah perkongsian video. Wanita tersebut dilihat menyediakan sejambak bunga kecil yang diselitkan hasil pregnancy test  dan memberikannya kepada suami tercinta. Selepas melihatnya, jelas reaksi tersenyum gembira ditunjukkan dari oleh wajah si suami.


Selepas 7 Tahun Sabar Menanti, Wanita TTC Ini Akhirnya Dikurniakan Zuriat

Terima kasih setia dengan saya, percaya saya akan jadi penyambung zuriat awak

Wanita ini sering berkongsikan pengalamannya menjadi salah seorang wanita TTC yang akhirnya dikurniakan zuriat selama 7 tahun penantian. Menurutnya, doktor yang ditemuinya sebelum ini hanya memberikan solusi dengan menjalankan kaedah IVF ataupun mengambil anak angkat. Namun, dengan berkat kesabaran dan setianya suami di sisi, dia akhirnya dapat menghadirkan penyambung keluarga tersebut.

@azieshaziana

Reply to @__nrsyfny SEMAKIN CPT KITA TERIMA UJIAN YG ALLAH BERI, REDHA DAN MENYERAHKAN SEBULAT2 PD DIA. SMKN CPT ALLAH MJWB DOA DGN CARANYA TERSENDIRI

♬ Kisah Dongeng – Stacy

Alhamdulillah tahniah sis…Semoga dipermudahkan segala urusan

Semasa menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah dan menitip doa untuk wanita berkenaan. Tidak ketinggalan, ada juga berkongsi pengalaman masing-masing melalui keadaan yang sama.


Selepas 7 Tahun Sabar Menanti, Wanita TTC Ini Akhirnya Dikurniakan Zuriat

Selepas 7 Tahun Sabar Menanti, Wanita TTC Ini Akhirnya Dikurniakan Zuriat

Selepas 7 Tahun Sabar Menanti, Wanita TTC Ini Akhirnya Dikurniakan Zuriat


Sumber : TikTok azieshaziana

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Selepas 7 Tahun Sabar Menanti, Wanita TTC Ini Akhirnya Dikurniakan Zuriat

Facebook

Telegram