Selepas AJL, DS Siti Nurhaliza Jalani Operation Untuk Kehamilan Anak Kedua

Baru-baru ini telah berlangsungnya sebuah acara Anugerah Juara Lagu edisi ke-34 di mana Naim Daniel dinobatkan sebagai juara pada malam tersebut. Apa yang mengejutkan di acara muzik itu adalah penampilan khas Dato’ Sri Siti Nurhaliza di mana dia telah membuat persembahan bersama Bob Yusof dalam mendendangkan lagu Anta Permana. Ramai yang tidak menyangka dia akan melakukan kemunculan di atas pentas tersebut.

BACA: “Cemana Kita Nyanyi Tadi?” – Misha Omar Masih Teruja Bersama DS Siti

Masuk ward selepas persembahan di AJL

Terbaharu, DS Siti Nurhaliza telah berkongsi sekeping gambar di IG Story miliknya yang menunjukkan dia kini sedang berada di sebuah pusat perubatan. Berdasarkan perkongsiannya itu, dia baharu sahaja selesai daripada menjalani operation dan dimasukkan ke bilik rawatan sebaik sahaja selesai melakukan persembahan di AJL34.

Advertisement

Ingin melakukan rawatan IVF

Merujuk kepada laporan Harian Metro,  penyanyi nombor satu Malaysia itu menjalani prosedur kecil tersebut di sebuah pusat perubatan sebagai persediaan untuk kehamilan anak kedua pula.  Tambahnya lagi, dia melakukannya kerana dia akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF sama seperti kehamilan pertamanya.

Advertisement

Doakan cepat sembuh

Penyanyi yang kini berusia 41 tahun itu turut meluahkan rasa syukur kerana telah selamat menjalani operation tersebut dan segalanya berjalan dengan lancar. Dia juga berharap agar orang ramai dapat mendoakannya supaya cepat sembuh seperti sedia kala.

Sumber: Instagram Siti Nurhaliza & Harian Metro

Advertisement

Apa Komen Anda?