Selepas Berjuang Hidup Di ICU, Yazit ‘Search’ Hembus Nafas Terakhir Pagi Ini..

Semalam, masalah kesihatan bekas pemain dram kumpulan Search iaitu Yazit Ahmad telah menjadi bualan ramai apabila dikatakan sedang kritikaI di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL. Malah isterinya, Ramlah Ahmad turut berkongsi bahawa dia sudah kena sawan dan terpaksa menggunakan alat bantuan sokongan hayat. Dukacitanya sekitar 11.53 pagi tadi, Yazit dilaporkan telah kembali ke rahmatullah di pusat rawatan yang sama.

BACA: RamaIan 2 Minggu Doktor Tepat, Tunang Temui Ajal Lepas Sihat Jalani 0peration

Berita itu dimaklumkan sendiri oleh adiknya, Zahid Ahmad melalui satu status yang dimuatnaik ke laman Facebook miliknya sebentar tadi. Menurut laporan Harian Metro pula, difahamkan mesin bantuan pernafasan berikut telah dicabut pada jam 11.46 pagi tadi. 

Allahyarham dilapor kurang oksigen dalam badan…alami brain damage

Terdahulu, Yazit telah dikejarkan ke pusat rawatan terbabit untuk menerima rawatan pada awal pagi Selasa yang lalu selepas Yazit mengadu alami sesak nafas di kediamannya di Taman Melati, Kuala Lumpur. Hasil pemeriksaan doktor pula mengesahkan lelaki berusia 57 tahun ini mengalami kecederaan otak berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan.

Bintang tersohor ini meninggaIkan isterinya, Ramlah, serta 3 orang cahaya mata mereka iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29. Allahyarham dijangka bakal dikebumikan di Raudatul Sakinah Taman Selasih selepas waktu Zohor nanti.

Sumber: FB Zahid Ahmad & Harian Metro

Apa Komen Anda?