Isu Semasa

Selepas Dihentam Netizen, Patient 136 Beri Penjelasan Perbetulkan Keadaan

Selepas Dihentam Netizen, Patient 136 Beri Penjelasan Perbetulkan Keadaan

Sharing is caring!

Mulai 3 April lalu, kerajaan mewajibkan seluruh rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di pusat khas mengikut ketetapan. Kementerian Kesihatan menggesa orang ramai mengamalkan displin sosial dan bekerjasama dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam memastikan tiada peningkatan eksponen berlaku. Terdapat segelintar masyarakat yang enggan menjalani tempoh kuarantin dan telah keluar rumah. Kesannya mereka telah menyebarkan wabak COVID-19 seperti kisah seorang pemuda yang pulang dari Korea Selatan.

BACA: Lelaki Rayu Tidak Dihantar Ke Isolasi COVID-19, Perlu Cari Makan Buat Anak Bini

Hargai jasa pihak perubatan

Menerusi perkongsian di laman Twitter, seorang pengguna yang dikenali sebagai @wanakasha01 menjelaskan beberapa perkara yang telah berlaku mengenai dirinya. Dia merupakan patient 136 telah dijangkiti wabak COVID-19 setelah kembali daripada Korea Selatan. Meskipun itu, @wanakasha01 meluahkan rasa syukur dan menghargai jasa pihak perubatan  yang telah bertanggungjawab menjalankan tugas mereka.


Selepas Dihentam Netizen, Patient 136 Beri Penjelasan Perbetulkan Keadaan

Selepas Dihentam Netizen, Patient 136 Beri Penjelasan Perbetulkan Keadaan
Gambar sekadar hiasan

 

Hadiri perhimpunan tabligh Sri Petaling

Dia merupakan seorang pelajar di negara Korea Selatan telah menamatkan pengajian pada 20 Februari 2020 yang lalu. Selepas pulang ke Malaysia, dia tidak menjalani tempoh kuarantin dan telah menghadiri perhimpunan tabligh Sri Petaling. Namun berkenaan isu lari daripada pusat perubatan dia menjelaskan bilik kuarantin tersebut mempunyai 2 lapisan. Menurut@wanakasha01, doktor yang memintanya untuk pindah keluar daripada bilik kuarantin tersebut.

Selepas Dihentam Netizen, Patient 136 Beri Penjelasan Perbetulkan Keadaan

Selepas Dihentam Netizen, Patient 136 Beri Penjelasan Perbetulkan Keadaan

Kontak rapat semua negatif

Selain itu, dia tidak boleh memberikan banyak komen berkenaan isu pulang ke Malaysia dan tidak menjalani tempoh kuarantin diri. Walaupun, dia dikatakan menjadi punca kepada gelombang kedua berlaku di Malaysia tetapi kesemua kontak rapatnya seramai 6 orang di Korea Selatan telah disahkan negatif daripada jangkitan wabak COVID-19.


Selepas Dihentam Netizen, Patient 136 Beri Penjelasan Perbetulkan Keadaan

Selepas Dihentam Netizen, Patient 136 Beri Penjelasan Perbetulkan Keadaan

Sumber: Twitter Wanakasha01


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Selepas Dihentam Netizen, Patient 136 Beri Penjelasan Perbetulkan Keadaan

Sharing is caring!