Isu Semasa

Sembunyi Belakang Pintu Sebab Trauma, Anak Derita Hidup Setahun Dengan Mak Tiri

Sembunyi Belakang Pintu Sebab Trauma, Anak Derita Hidup Setahun Dengan Mak Tiri

Sharing is caring!

Anak merupakan amanah yang dititipkan oleh Allah buat mereka yang telah mendirikan rumah tangga. Namun begitu, kisah kecuaian ibu bapa terhadap anak-anak bukanlah satu isu yang asing lagi. Malah kecuaian sebegini tidak boleh dipandang remeh kerana ia membabitkan nyawa dan keselamatan kanak-kanak. Terbaharu mendapat perhatian ramai, kisah yang menimpa seorang kanak-kanak perempuan apabila ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila seluruh badannya berbekas.

BACA : Hari Pertama Hantar Mengasuh Bertukar Tragedi, Bayi Akhirnya Dijemput Illahi..

Curiga kerana kerap dengar tangisan kanak-kanak

Memetik daripada laporan Sinar Harian, keadaan kanak-kanak malang itu dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya sejak setahun lalu. Kejadian itu dipercayai berlaku di Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh. Dia yang berusia 11 tahun itu kemudiannya diselamatkan oleh Persatuan Malaysia Tamilar Kural bersama pihak polis. Menurut presiden persatuan berkenaan, pihaknya menerima laporan daripada penduduk setempat berhubung kejadian tersebut selepas berasa curiga apabila kerap mendengar tangisan kanak-kanak perempuan sejak seminggu lalu.


Sembunyi Belakang Pintu Sebab Trauma, Anak Derita Hidup Setahun Dengan Mak Tiri

Sembunyi disebalik pintu dalam ketakutan & berbekas

Tambahnya lagi, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian pihaknya menemui kanak-kanak itu bersembunyi di sebalik pintu dalam keadaan ketakutan dan trauma. Selain itu, terdapat beberapa kesan cedera di bahagian tubuh sehingga menyebabkan matanya tidak boleh dibuka. Apabila ditanya mengenai perkara itu, kanak-kanak berkenaan memberi alasan bahawa dia hanya disengat binatang kecil. Curiga dengan keadaan itu, pihaknya membawa kanak-kanak tersebut keluar dari rumah sebelum dia menceritakan perkara sebenar.

Sembunyi Belakang Pintu Sebab Trauma, Anak Derita Hidup Setahun Dengan Mak Tiri

Sembunyi Belakang Pintu Sebab Trauma, Anak Derita Hidup Setahun Dengan Mak Tiri

Ibu kandung di penjara & dia tak pernah bersekolah

Difahamkan, dia dan seorang adiknya tinggal rumah berkenaan bersama enam lagi adik beradik tiri yang lain. Manakala, ibu kandungnya kini dalam tahan pihak berkuasa dan apa yang menyedihkan adalah dia tidak pernah mendapat pendidikan sejak kecil.


Sembunyi Belakang Pintu Sebab Trauma, Anak Derita Hidup Setahun Dengan Mak Tiri

Sembunyi Belakang Pintu Sebab Trauma, Anak Derita Hidup Setahun Dengan Mak Tiri
Kredit Foto : Sinar Harian

Suami isteri mempunyai rekod jenayah lampau

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang perai Tengah turut mengesahkan kejadian tersebut. Ujar beliau lagi, bapa dan ibu tiri kanak-kanak berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut. Hasil siasatan mendapati wanita itu mempunyai satu rekod jenayah manakala suaminya mempunyai lapan rekod jenayah lampau.

Sembunyi Belakang Pintu Sebab Trauma, Anak Derita Hidup Setahun Dengan Mak Tiri

Sembunyi Belakang Pintu Sebab Trauma, Anak Derita Hidup Setahun Dengan Mak Tiri

Sumber : Sinar Harian


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!