“Semoga Syurga Tempatmu..” – Lelaki Ajal Tiba-Tiba, Harini Genap 2 Bulan Kahwin

Sesungguhnya jodoh pertemuan dan takdir hidup seseorang hanya diketahui oleh Maha Pencipta sahaja. Sejauh mana pun kita mampu rancang, namun Dia juga mampu menentukan penghabisannya. Baru-baru ini, impian seorang isteri untuk hidup bahagia bersama suami tercinta pudar sekelip mata apabila suaminya dilaporkan tiba-tiba pergi buat selamanya. Tambah pilu lagi, tarikh hari ini usia perkahwinan baru saja genap masuk dua bulan.

BACA: “I Miss You Sayang..” – Sebak. Bercinta 9 Tahun, Tapi Kahwin Cuma 3 Bulan Saja

Perkahwinan ini akan jadi memori I yang paling indah..

Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram milik wanita yang dikenali dengan nama Airina Roslan ini, dia bagaikan sudah akur dengan pemergian suami meskipun bakal meriduinya selepas ini. Sambil berkongsi potongan video akad nikah mereka tempoh hari, dia turut menyatakan redha dengan suratan takdir yang menimpa rumah tangga mereka.

View this post on Instagram

Assalamualaikum you.. you tak sempat nak siapkan vd ni.. tapi takpe.. i tk kesah.. you pergi dulu tinggalkan i, family & kawan2 you kat sini. You saje tak kasi i balik jb sbb taknak i tgk u pergi depan i kan? I faham….. maafkan semua kesalahan i kat you ye.. halalkan semua makan minum i yg you selama ni dah bagi. Hari ini genap 2 bulan kita nikah (7th Sept 2019). Tapi perkahwinan ini akan menjadi memori i yang paling terindah. Mak i cakap “kakak dah tunaikan kewajipan dia untuk berkahwin” kata2 yang buat i kuat terima semua ni. Jangan pernah berhenti sayang i ok? I sayang you Mirul.. you lelaki yang sempurna. mintak semua sedekahkan alfatihah ye untuk arwah suami saya.. terima kasih you 💓

A post shared by Al-fatihah Suamiku Amirul (@ai_pav) on

Masa futsal Mirul pengsan…bawa pusat rawatan, dah ‘tiada’

Menjengah ke ruangan Insta Story miliknya pula, Airina menjelaskan bahawa dia masih belum mengetahui punca sebenar yang mengakibatkan suaminya tiba-tiba rebah semalam. Selain itu, dia turut berkongsi beberapa memori terakhir bersama Allahyarham Amirul dan beberapa perkara yang sempat dirancang untuk hidup mereka sebelum ini.

Patutlah you handsome…nak masuk syurga rupanya

 

Pergilah sayang…mak tahu Amirul penat

Dalam pada itu, ibu mentua dan adik ipar Airina turut menitipkan ucapan sayu atas pemergian Allahyarham Amirul di laman sosial masing-masing. Ujar mereka, gelagat ceria pemuda itu pasti akan menjadi perkara yang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila. Mereka turut memohon orang ramai agar menitipkan doa dan kiriman surah Al-Fatihah buat lelaki berkenaan.

Terima kasih Allah…kurniakan abang yang sempurna walau sekejap saja

Sumber: IG ai_pav, Twitter AzrulSalki & FB Azlita Aziz

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?