Disangka anaknya masih berada di asrama sekolah, tapi satu panggilan telefon merubah segalanya. Luluh hati seorang ibu apabila menerima panggilan mengatakan anak kesayangan pergi untuk selamanya. Berita itu pula diterima pada hari lahirnya yang ke 42. Nurul Insyirah Ab Aliyasak yang berusia 14 tahun menemui ajalnya selepas motosikal yang dibonceng bersama seorang rakan terbabit dalam kecelakaan jalan raya.
BACA: Tengah Malam Anak Terbangun Ketakutan, Esok Dapat Berita Suami Pergi Selamanya
Tidak tahu anak pulang dari asrama
Si ibu, Zahaaini Mat yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya itu terkejut akan kejadian tersebut kerana tidak dimaklumkan tentang gadis itu yang sudah pulang dari asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Rahah, Sabak Bernam. Menerusi laporan Berita Harian, ibu gadis itu turut tidak mengetahui anaknya pulang dengan menumpang rakannya menyertai Program Konvoi Santai Anak Utara (SAU) di Meru, Ipoh.

Sempat beli kek untuk kejutan hari lahir ibu
Motosikal yang dinaiki remaja itu bersama rakannnya dipercayai terbabas selepas hilang kawalan di Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara) pada jam 6 pagi. Anak ketiga daripada 5 beradik itu juga dikatakan sempat membeli sebiji kek di Bandar Bukit Sentosa untuk dibawa pulang bagi meraikan ulang tahun ibunya. Zahaaini bagaimanapun redha dengan tragedi yang menimpa anaknya itu.
Sumber: Berita Harian
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura