Sempat Buat ‘Magic’ Waktu Masuk Dewan Konvo, Netizen Bimbang Scroll Pula Hilang
Beberapa hari ini telah berlangsungnya majlis konvokesyen bagi Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Acara berprestij tersebut pastinya merupakan detik yang paling ditunggu bagi setiap graduan yang sudah menghabiskan pengajian. Kalau semalam tular video seorang graduan melakukan aksi ‘gedik’ sewaktu kamera dihalakan kepadanya. Namun berbeza pula hari ini apabila seorang lelaki sempat menunjukkan aksi silap mata sewaktu perarakan masuk di dewan konvo.
BACA: [VIDEO] Selamba Buat Aksi Lentik Depan Kamera, Habis Riuh Gamat Dewan Konvo
Menyempat je buat magic pulak kat situ
Lelaki berkenaan, Fakhrul Ramadhan Omar telah memuat naik video itu di laman Twitter sebelum akhirnya tular. Pemuda tersebut dilihat sempat melakukan aksi ‘magic‘ secara spontan setelah menyedari dirinya ditayangkan secara langsung sewaktu berjalannya majlis berkenaan. Aksi tersebut pula sempat dirakam oleh si isteri melalui sebuah skrin besar.
Haa nah kot ada yang terlepas moment bro tunjuk magic kat camera #30IIUMCONVO petang tadi. pic.twitter.com/fKhZfMTMcK
— Fakhrul Illusionz (@ufakhrul) November 25, 2019
Advertisement
Bayangkan dia buat magic, tetiba scroll tu dah ada kat tangan dia
Video yang dikongsi telah pun mendapat lebih 161,00 jumlah tontonan beserta 15,000 retweet. Selepas menonton video berkenaan, ada netizen yang sempat berseloroh dengan mengusik pemuda tersebut apa yang akan terjadi jika dia melakukan aksi silap mata di atas pentas sewaktu menerima scroll ijazah. Malah mereka turut kagum melihat kepakaran jejaka berkenaan.
Rezeki hasil magic digunakan untuk menghalalkan isteri
Rupa-rupanya lelaki ini sudah berkecimpung dalam bidang ‘silap mata’ sejak berusia 11 tahun. Pada mulanya, dia beraksi untuk suka-suka namun tidak menyangka kebolehannya mampu menjadi sumber pendapatan. Pemuda tersebut juga pernah memenangi beberapa pertandingan bakat serta muncul di stesen TV. Graduan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah tersebut kini telah pun bekerja di sebuah syarikat swasta namun masih melakukan pertunjukan silap mata secara part time, katanya pada pihak Erin Sakura.
Sejak tahun 2015, mula aktif perform magic di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan duit magic show tu jugak saya berjaya halalkan isteri saya. Kami bernikah waktu tahun ketiga pengajian.
Sumber: Twitter Ufakhrul
Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI