Kehidupan Family

Sempat Gurau Nak Jumpa Di Syurga, Ibu Sedih Anak Temui Ajal Dalam Kolam Terbiar

Sempat Gurau Nak Jumpa Di Syurga, Ibu Sedih Anak Temui Ajal Dalam Kolam Terbiar

Sharing is caring!

Memang sudah menjadi lumrah buat anak-anak untuk bergurau senda dengan ibu bapa bagi merapatkan lagi ikatan kasih sayang antara mereka sekeluarga. Namun tanpa diduga, kadangkala gurauan itu boleh menjadi petanda sebelum seseorang itu pergi bertemu Ilahi. Perkara sama turut menimpa seorang wanita yang baru sahaja kehilangan anak tercinta.

BACA: “Aku Pergi Tak Kembali..”- Wanita Ajal Gara-Gara Tak Dapat Ziarah Kubur Anak


Tak sempat nak rasa ketam pedas

Memetik laporan Berita Harian Online, seorang kanak-kanak bernama Muhammad Imanudin Mohd Jasmanizam telah ditemui tidak bernyawa dalam sebuah kolam terbiar kira-kira jam 8:35 malam semalam di Pekan, Pahang. Menurut ibunya iaitu Roslida Hamid, dia berasa sayu apabila mengenangkan si anak tidak sempat merasai juadah yang paling digemari iaitu ketam pedas.

Sempat Gurau Nak Jumpa Di Syurga, Ibu Sedih Anak Temui Ajal Dalam Kolam Terbiar

Sempat Gurau Nak Jumpa Di Syurga, Ibu Sedih Anak Temui Ajal Dalam Kolam Terbiar

Gurauan malam sebelumnya membawa makna

Kehilangan kanak-kanak berusia 11 tahun tersebut disedari oleh ahli keluarganya apabila dia tidak pulang ke rumah sejak keluar bersama 4 orang rakan pada jam 5 petang. Selain itu, pada malam sebelumnya si anak sempat bergurau dengan mengatakan dia ingin menunggu si ibu di syurga.


Sempat Gurau Nak Jumpa Di Syurga, Ibu Sedih Anak Temui Ajal Dalam Kolam Terbiar

Sempat Gurau Nak Jumpa Di Syurga, Ibu Sedih Anak Temui Ajal Dalam Kolam Terbiar
Foto Kredit : BH Online

 

Kawasan itu jadi tumpuan kerana mudah dicerobohi

Wanita berusia 49 tahun berkenaan turut menggesa pihak berkuasa untuk membaiki pagar di kawasan kolam berkenaan supaya kejadian pilu ini tidak berlaku lagi. Hal ini kerana, kawasan tersebut sering menjadi tumpuan kanak-kanak kerana ia mudah dimasuki oleh sesiapa sahaja kerana pagar yang rosak.

Sempat Gurau Nak Jumpa Di Syurga, Ibu Sedih Anak Temui Ajal Dalam Kolam Terbiar
Foto Kredit : BH Online

Sumber: FB Berita Harian Online


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!