Sempat Jumpa Hanya 5 Kali Saja, Lelaki Ini Kongsi Nikmat Cinta Selepas Bernikah

“Indahnya hidup saat dilamun cinta.” Itulah gambaran yang selalu kita lihat serta idamkan tatkala melihat ada orang di sekeliling mempunyai teman hidup masing-masing. Namun adalah menjadi kerisauan apabila trend ‘bercinta’ zaman sekarang ini makin menular dalam kalangan anak muda, apabila dilihat rata-rata hubungan seperti ini akhirnya kecundang di tengah jalan. Hal ini kerana mereka tidak menjaga batasan pergaulan atau ikhtilat dengan baik.

BACA: Jatuh Hati Di Kelas Make-Up, Alha Alfa Dedah Detik Perkenalan Dengan Cik Tunang

Dulu saya cuba panggil dia sayang…dia tegur jangan lebih2 sebab belum kahwin

Sepatutnya perkara itulah yang wajar dijadikan benteng dalam setiap hubungan yang wujud sebelum diijabkabulkan, termasuklah semasa bergelar tunangan orang. Ikuti perkongsian tentang keindahan cinta berserta ikhtilat yang dikongsikan oleh penulis novel terkenal, Hilal Asyraf dengan isterinya Masyitah sekitar tahun 2010 yang lalu di laman Twitter miliknya.

Masa e-mel kami bincangkan apa yang masing2 suka & tak suka. Jadi boleh expect lah bila kahwin

Walaupun ketika itu media sosial baru seperti Facebook dan WhatsApp baru diperkenalkan, namun mereka mengehadkan diri masing-masing untuk berhubung melalui e-mel sahaja. Bahkan perkara itu juga tidak terlalu kerap kerana masing-masing fokus dengan bidang pengajian dan pekerjaan. Mereka juga terpaksa mengharungi pelbagai cabaran selama 2 tahun pertunangan, namun ianya berbaloi apabila Hilal dan Masyitah tetap setia bersama sehinggalah ke alam perkahwinan.

Jauhi maksiat…minta pada Allah agar berkati hubungan yang dibina

Berkat cinta yang cukup indah selepas perkahwinan, Hilal bersyukur kerana usia perkahwinan mereka bakal masuk usia 7 tahun pada 7 Julai ini. Dalam pada itu, dia turut berkongsi beberapa tips penting buat mereka yang sedang mencari atau sudah memiliki teman istimewa sebelum sah bergelar suami isteri. Antaranya adalah jangan mendekatkan diri dengan perkara yang Allah murkai seperti maksiat. Sebaliknya, sama-sama perlu berusaha untuk mendapatkan restu Allah dengan melakukan apa yang disukai oleh-Nya.

Sumber: Twitter HilalAsyraf

Apa Komen Anda?