Isu Semasa

Sempat Kirim Mesej Akhir, Bapa Sayu Jumpa Anak Sendiri Ajal Tidur Dalam Kereta

Sempat Kirim Mesej Akhir, Bapa Sayu Jumpa Anak Sendiri Ajal Tidur Dalam Kereta

Hari ini, kita semua telah dikejutkan dengan penemuan 4 sahabat yang tak sedarkan diri dalam sebuah kereta di stesen minyak di Sama Gagah di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara awal pagi tadi. Kesemua remaja yang berusia 21 tahun itu dipercayai terperangkap dalam gas karbon monoksida gara-gara biarkan penghawa dingin terpasang semasa tidur dan 2 daripadanya dilaporkan telah dijemput ajal.

BACA: Jangan Tidur Masa Tonton Wayang Drive-Thru, Risiko Sedang Menanti Pengunjung

Sempat Kirim Mesej Akhir, Bapa Sayu Jumpa Anak Sendiri Ajal Tidur Dalam Kereta

Berhenti rehat dalam perjalanan balik dari Pulau Jerejak…enjin kereta hidup tapi semua penumpang tak sedar

Menurut laporan polis, hasil semakan rakaman CCTV mendapati kereta Honda Odyssey itu tiba di stesen minyak terbabit sekitar jam 8.30 malam. Mereka dikatakan telah berhenti rehat di sana sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun selepas pergi ke Pulau Jerejak. Sharifah Fariesha disahkan tak bernyawa di tempat kejadian, sementara rakannya Ayuni Shazwanie menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan. Dalam pada itu, Nor Adilah Mohd Safwan dan kembarnya, Nor Aqilah dilaporkan semakin stabil.


Sempat Kirim Mesej Akhir, Bapa Sayu Jumpa Anak Sendiri Ajal Tidur Dalam Kereta

Sempat Kirim Mesej Akhir, Bapa Sayu Jumpa Anak Sendiri Ajal Tidur Dalam Kereta


Sempat kirim mesej akhir kepada ibu…Bapa yang jumpa anak sendiri & rakan ajal

Lebih menyayat hati, Bapa Ayuni Shazwanie merupakan individu yang bertanggung jawab menemui kesemua remaja tersebut pada awal pagi tadi. Dia dikatakan keluar mencari anaknya itu gara-gara bimbang masih belum sampai ke rumah pada jam 11 malam meskipun Ayuni ada mengirimkan mesej kepada ibunya sekitar 9.15 malam.

Sempat Kirim Mesej Akhir, Bapa Sayu Jumpa Anak Sendiri Ajal Tidur Dalam Kereta


Sumber: Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sempat Kirim Mesej Akhir, Bapa Sayu Jumpa Anak Sendiri Ajal Tidur Dalam Kereta

Facebook

Telegram