Sempat Patah Balik Mahkamah, PU Abu Sah Gugurkan Talak 2 Kepada Ain ‘Afini!

Menurut laporan berita pada semalam, talak yang diluahkan oleh PU Abu Sufyan menerusi WhatsApp telah diputuskan tidak sah oleh hakim mahkamah syariah gara-gara dia mengakuI tidak mempunyai niat sepenuhnya untuk berpisah dengan Ain ‘Afini. Namun portal mStar kini melaporkan mahkamah telah memutuskan bahawa talak tersebut sah terlerai apabila kedua-dua mereka kembali semula ke mahkamah bagi menjalani prosiding kedua. 

Baca : Tiada Niat Berpisah, Mahkamah Putuskan Talak WhatsApp PU Abu Tidak Sah!

Berkesudahan dengan jatuhnya talak dua

Ketika mahkamah memutuskan bahawa talaknya tidak sah pada prosiding semalam,  PU Abu baru sedar masih ada lagi perkara yang tidak dijelaskan sepenuhnya.

Terpaksa berpatah balik bagi menambah kenyataan…

Mahkamah akhirnya putuskan kami sah berpisah…

Rupa-rupanya, PU Abu pernah melakukan talak pada wanita berusia 23 tahun itu sekitar Januari lalu dan selepas sebulan, mereka ada merujuk semula. Namun nampaknya, jodoh mereka tak panjang dan akhirnya sah berpisah hari ini.

Talak itu adalah jenis bertulis…Kinayah & perlu bersumpah

Dalam pada itu, Ain turut memberikan respon tentang perbicaraann susulan itu, namun tidak dapat berkongsikan maklumat penuh demi menjaga air muka keluarga bekas suaminya itu.

Tak dapat kongsi fakta tambahan kerana melibatkan aib pihak sana…

Situasi selepas prosiding pada semalam…Talak tak sah

Sumber : Mstar dan Youtube Sinar TV

Apa Komen Anda?