Sempat Request Kek Dari Katil Sebelah, Tak Sempat Bagi Dah Dijemput Illahi

Pelbagai perasaan menyelebungi jiwa apabila permintaan seseorang itu tidak dapat ditunaikan semasa hayatnya. Lebih menyayat hati lagi, jika permintaan itu datangnya daripada seseorang yang bertarung nyawa untuk hidup tetapi siapa kita untuk menolak takdirNya. Itulah mungkin perasaan yang melanda seorang wanita ini apabila dia tidak berjaya untuk menunaikan permintaan terakhir daripada seorang remaja perempuan yang sebelum itu dirawat di h0spital.

BACA: Rebah Waktu Mahu Solat Subuh, Ustaz Datuk Seri Abu Hassan Din Dijemput Illahi

Wanita itu berkata dia mengenali Allahyarham yang masih remaja itu ketika mereka sama-sama dirawat di H0spital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Berkongsi cerita sedih, wanita itu memberitahu sehari sebelum remaja yang menghidap apendiks dan bengkak usus itu ‘pergi’, dia sempat meminta makanan segera dan kek sempena hari jadi ibunya tetapi segalanya tidak kesampaian. 

Advertisement
Kredit Foto Harian Metro

Menyorot kronologi, remaja perempuan itu duduk bersebelahan dengan katilnya semasa dirawat. Dia dimasukkan sehari lebih awal dan boleh dikatakan hampir setiap hari wanita itu terpaksa menahan sebak mendengar jeritan daripadanya ketika doktor mahu membuat rawatan.

Teringin makanan segera

Pada malam pertama dan berikutnya, wanita itu sempat menunaikan permintaan remaja itu yang menginginkan ayam goreng dan makanan segera. 

Advertisement

Saya terdengar ibunya sedang mengira duit syiling yang mereka ada namun tidak mencukupi. Hati saya tersentuh apabila melihat keadaan mereka lalu meminta suami dan kakak belikan

Nak kek untuk menyambut hari lahir ibunya

Sebelum berangkat pulang daripada pusat rawatan selepas empat malam berada di sana, Allahyarham ada memberitahu dia mahu makan pizza serta meminta belikan kek sempena hari lahir ibunya pada 3 Ogos memandangkan bapanya juga akan datang melawat. 

Advertisement

Jantung saya seperti mahu luruh

Pada 3 Ogos, wanita itu berasa sangat lega kerana semua permintaan daripada remaja itu telah ditunaikan. Dia terus menelefon ibu remaja tersebut untuk datang memberikan kek dan pizza seperti yang diminta tetapi sesudah ibunya mengangkat telefon, rupa-rupanya remaja perempuan itu sudah tiada. 

Advertisement

Wanita itu juga menambah, sewaktu pengebumian remaja perempuan tersebut, dia hampir terduduk kerana melihat Allahyarham dalam keadaan senyum yang barangkali gembira kerana permintaan terakhirnya sudah dipenuhi. Kisah yang penuh emosi ini mendapat perhatian media dan ramai orang selepas Ara Rahima berkongsi cerita ini dalam Facebook miliknya. Allahyarham telah dijemput Ilahi pada 3 Ogos 2019, lebih kurang jam 8 pagi di Kota Kinabalu Sabah. 

Kredit Foto Harian Metro

Sumber: FB Harian Metro

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?