Isu Semasa Cinta

Sempat Masak Bekal, Suami Hanya Mampu Pangku Isteri Yang Ajal Ke Tempat Kerja

Sempat Masak Bekal, Suami Hanya Mampu Pangku Isteri Yang Ajal Ke Tempat Kerja

Sharing is caring!

Tanpa mengetahui bila dan di mana, ajal itu adalah antara perkara yang tak dapat diduga oleh sesiapa pun dan perit untuk diterima pada mulanya. Lebih-lebih lagi, apabila yang diragut nyawa itu merupakan insan tercinta. Sedih dan pilu, itulah yang boleh dikatakan bagi kejadian yang berlaku baru-baru ini.

BACA: Tidur Dalam Kereta & Mandi Di Stesen Pam Minyak, 7 Beranak Diusir Dari Rumah


Nahas dalam perjalanan ke tempat kerja

Memetik laporan Harian Metro, seorang wanita bernama Wan Mazlinda Wan Mohamad telah kehilangan nyawa di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Subang-Damansara, Petaling Jaya. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6 pagi di mana Allahyarhamah dalam perjalanan ke tempat kerja untuk bertugas sebagai kakitangan PLUS di Plaza Tol Damansara.

Sempat Masak Bekal, Suami Hanya Mampu Pangku Isteri Yang Ajal Ke Tempat Kerja

Sempat Masak Bekal, Suami Hanya Mampu Pangku Isteri Yang Ajal Ke Tempat Kerja
Kredit Foto: Twitter Mohd Redzuan Abdul Manap

Isteri pergi kerja lebih awal daripada biasa…siap buatkan bekal istimewa

Menurut suaminya iaitu Mohd Nazir, si isteri pergi kerja lebih awal daripada biasa pada pagi berkenaan dengan menaiki motosikal. Wanita berusia 31 tahun itu juga sempat menyediakan bekal berlaukkan sambal udang untuk mereka berdua kerana Allahyarhamah teringin menjamah juadah berkenaan.


Sempat Masak Bekal, Suami Hanya Mampu Pangku Isteri Yang Ajal Ke Tempat Kerja

Sempat Masak Bekal, Suami Hanya Mampu Pangku Isteri Yang Ajal Ke Tempat Kerja
Kredit Foto: Twitter Mohd Redzuan Abdul Manap

Lauk sambal udang hasil air tangan isteri yang terakhir

Mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut, lelaki berusia 38 tahun itu hanya sempat memangku jasad tidak bernyawa isterinya. Kini, dia reda dan menjamah juga hasil air tangan si isteri yang terakhir itu bersama anak-anak walaupun masih berasa sedih akan kehilangan insan tercinta.

Sempat Masak Bekal, Suami Hanya Mampu Pangku Isteri Yang Ajal Ke Tempat Kerja

Sempat Masak Bekal, Suami Hanya Mampu Pangku Isteri Yang Ajal Ke Tempat Kerja

Sempat Masak Bekal, Suami Hanya Mampu Pangku Isteri Yang Ajal Ke Tempat Kerja

Sumber: FB Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!