Family

Sempat Tunai Janji Bercuti Di Cameron, Lelaki Redha Isteri ‘Pergi’ Selamanya

Sempat Tunai Janji Bercuti Di Cameron, Lelaki Redha Isteri ‘Pergi’ Selamanya

Sharing is caring!

Baru-baru ini tular mengenai berita seorang anggota pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang tidak sempat bertemu mata dengan isterinya sebelum wanita itu menghembuskan nafas terakhir. Beliau yang bertugas di Lubnan telah diberi kebenaran untuk menamatkan misi lebih awal memandangkan kesihatan wanita itu semakin teruk.

BACA: Setahun Menjauh Sebab Tugas Pada Negara, Tapi Pulang Cuma Disambut Jasad Isteri

Terkilan namun syukur dapat tunaikan hasrat isteri mahu bercuti di Cameron Highlands

Walaupun agak terkilan, Lans Koperal Mohd Noh Shamsudin bersyukur kerana sempat menunaikan hasrat wanita kesayangannya itu untuk bercuti di Cameron Highlands Ogos lalu. Malah katanya lagi, si isteri Norhidayah Amishamuddin turut tidak menunjukkan sebarang perubahan menandakan dirinya akan ‘pergi’ untuk selamanya.


Sempat Tunai Janji Bercuti Di Cameron, Lelaki Redha Isteri ‘Pergi’ Selamanya

Walaupun terpaksa ikut SOP, tapi lega dapat tatap wajah isteri buat kali terakhir

Meskipun terpaksa menatap wajah isterinya buat kali terakhir dengan berpakaian sut penuh personal protective equipment (PPE), beliau tetap lega kerana masih diberi peluang tersebut. Menurut laporan Mingguan Wanita, anggota tentera berkenaan turut meluahkan dirinya reda dengan apa telah yang berlaku.

Sempat Tunai Janji Bercuti Di Cameron, Lelaki Redha Isteri ‘Pergi’ Selamanya

Sempat Tunai Janji Bercuti Di Cameron, Lelaki Redha Isteri ‘Pergi’ Selamanya

Allahyarhamah sering luah rasa rindu pada suami yang jauh di Lubnan

Menerusi laporan Berita Harian pula, ibu Allahyarhamah ada memaklumkan wanita itu sering menzahirkan rasa rindu kepada suaminya yang bertugas jauh di perantauan. Anaknya sebelum ini menghidap masalah buah pinggang namun kesihatannya merosot apabila mendapat jangkitan pada paru-paru.


Sempat Tunai Janji Bercuti Di Cameron, Lelaki Redha Isteri ‘Pergi’ Selamanya

Sempat Tunai Janji Bercuti Di Cameron, Lelaki Redha Isteri ‘Pergi’ Selamanya

Sumber: Facebook Berita Harian & Mingguan Wanita 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini