Walaupun sempat terkait dengan beberapa kontroversi hangat, namun kehidupan Liana Rosli a.k.a Kak KM bersama keluarga selalu menjadi inspirasi ramai. Bukan sahaja bersama anak-anak, malahan dia sangat menjaga silaturahim dengan ibunya serta adik beradik lain dengan sangat-sangat baik.
BACA :Â Pagi-Pagi Cikgu Telefon Minta Kak KM Datang, Anak 8 Bulan Tak Hadir Ke Sekolah
Untung diaorang dapat mak kaya…Kita bila dah senang fikir anak dulu
Baru-baru ini, usahawan berkenaan kongsikan satu detik indah berjaya membelikan sebuah rumah khas untuk anak ketiganya iaitu Faris Razman yang berlokasi di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Susah payah seorang ibu adalah demi kebahagiaan masa depan si anak, Kak KM amat bersyukur dan cukup berpuas hati dengan ruang dalaman apartment berkenaan.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Faris anak Mama, ni rumah anak Mama…Lega dah tak payah pening-pening
Mempunyai sebanyak 3 buah bilik, nampaknya keseluruhan rumah itu sudah sedia untuk didiami kerana segala kelengkapan juga telah dicukupkan. Ini termasuklah tilam, dapur memasak, penghawa dingin dan macam-macam lagi barangan elektrik lain. Sebagai seorang ibu, Kak KM terlihat cukup lega kerana kediaman itu dapat dihadiahkan kepada Faris untuk kesenangannya kelak.
Kalau mampu apa salahnya…Lagipun untuk anak kita sendiri
Menjengah ke ruangan komen, pengikut Kak KM turut tumpang gembira melihat kebahagiaan Kak KM dapat menyenangkan anak-anak dengan cara sendiri. Tambahan pula, rumah juga merupakan 1 aset penting yang bagus disediakan dari awal dalam keadaan kos sara hidup semakin tinggi.
Dalam pada itu, mereka juga mengagumi kebaikan Kak KM yang dilihat sentiasa mengutamakan keluarga dari segenap sudut kehidupan.
Kredit : FB Kak KM
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura