“Semua Nak Tengok Yang Cantik & Elok” -Penerbit Akui Rupa Jadi Pelaris Business

Sejak Mac lalu, isu paras rupa mengatasi bakat ini sering menjadi perdebatan di kalangan penggiat seni tanah air dan juga masyarakat. Beberapa orang artis turut dilihat meluahkan rasa kecewa apabila pelakon-pelakon baru yang lebih muda dan cantik sering menghiasi kaca televisyen berbanding ‘orang lama’. Susulan perkara tersebut, Fadzil Teh atau dikenali sebagai Haji Zeel selaku seorang penerbit terkenal mengakui rupa paras sememangnya menjadi ukuran atas permintaan ramai. 

BACA: Dulu Kenal Dia Tak Lawa, Sekarang…- Lelaki Syukur Pilih Hati Dari Paras Rupa

Ilmu lakonan boleh digilap lagi

Advertisement

Menerusi artikel mStar, perkara berkenaan tidak seharusnya menjadi isu kerana ia sudah menjadi lumrah apabila penonton mahu melihat pelakon yang elok rupa parasnya. Oleh sebab itu, ciri-ciri tersebut menjadi ukuran utama bagi bakat baru sebelum dipilih untuk membintangi mana-mana filem ataupun drama di bawah arahannya. Ilmu lakonan pula tidak menjadi masalah kerana masih boleh digilap apabila menceburkan diri dalam bidang tersebut.

Advertisement

Kalau tak cantik dan tak tampan, siapa nak tengok?

Sebelumnya, seorang penerbit wanita iaitu Datuk A. Aida juga pernah mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan wajah yang cantik dan menarik seseorang pelakon menjadi penyumbang atau pelaris dalam bisnes perfileman. Malah dia turut mengatakan jika tidak menekankan soal rupa paras, pasti sesuatu karya yang dihasilkan kurang mendapat sambutan oleh orang ramai.

Advertisement

Sumber: Facebook mStar Online

 

Advertisement

Apa Komen Anda?