“Senak Perut Ketawa..” – Jadi Mat Rempit, Aksi Spontan Rosyam Nor Lawak Habis!

Program terbaru ‘All Stars Buka Panggung’ (ASBP) memang tidak pernah mengecewakan dan sering menghiburkan para penonton. Saban minggu, rancangan yang berkonsepkan pentas komedi itu akan menguji serta mencabar barisan selebriti ternama Malaysia untuk beraksi dalam sketsa komedi secara spontan tanpa bantuan skrip. Antara artis yang ditampilkan dalam episod malam tadi adalah Datuk Rosyam Nor, Datin Diana Danielle, Fizo Omar dan Farahdhiya Mohd Amin.

BACA: Tayang Sisi Lembut Jadi MakeUp Artist, Aksi Spontan Aaron Aziz Lawak Habis!

Walaupun masing-masing berjaya menampilkan aksi yang terbaik ketika digandingkan bersama hos iaitu Ajak dan Shahrul daripada kumpulan Shiro, namun ternyata persembahan daripada aktor lagenda iaitu Datuk Rosyam Nor dikatakan sebagai paling ‘menyengat’ pada malam tadi. Telatah bersahaja yang dibawa menerusi kedua-dua segmen persembahan memang sangat lucu dan patut diberikan pujian.

Advertisement

Segmen pertama…bila Rosyam Nor jadi mat rempit

Advertisement

Segmen kedua…Rosyam Nor vs Farahdhiya

Advertisement

Di hujung rancangan itu pula, pelakon KL Gangster ini telah dinobatkan sebagai pemenang mingguan dengan mengungguli kutipan markah keseluruhan antara semua selebriti yang turut bertanding. Kemenangan ini sekali gus membolehkan dia mara ke pusingan suku akhir selepas ini dan bakal berentap bersama pemenang episod-episod seterusnya pula.

Advertisement

Datuk Rosyam Nor memang legend…memang habis semua kena ‘tapau’

Ternyata gandingannya bersama artis jemputan seperti Didie Alias, Joey Daud dan Jaafar Onn membuatkan ramai tak kering gusi apabila menyaksikan gelagat mereka. Dalam pada itu, netizen turut tidak melepaskan peluang untuk memuji persembahan spontan yang ditampilkan oleh aktor berusia 52 tahun itu. Meskipun ada yang berpendapat bahawa Datuk Rosyam Nor terlalu hebat untuk beraksi di pentas sedemikian, namun rata-rata mereka terhibur menyaksikan sisi lawak yang ditonjolkan olehnya semalam.

Advertisement

Sumber: YouTube F8Buzz, Local Vibes & IG zonlawak

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?