“Senang Je Kami Urus Tadi”-Pemergian Yang Dicemburui, Guru Sempat Bagi Petanda

Guru ibarat lilin, membakar diri menerangi yang lain. Perumpamaan tersebut paling sesuai untuk menggambarkan jasa mereka. Seorang guru menggalas satu tanggungjawab yang sangat besar untuk mendidik anak-anak murid. Begitu juga dengan seorang pendidikdi SK Putrajaya Presint 8(2), Cikgu Anita Idris yang sempat mengiringi anak bangsa ke satu pertandingan sukan sebelum menemui ajalnya. 

CARA: Sikit Pun Tiada Rasa Bersalah Ke? Guru Luah Terkilan Dakwaan Exam PT3 Bocor

Pemergian yang dicemburui 

Dalam satu posting Facebook yang telah dikongsi oleh rakan sejawatnya Cikgu Hussayn, guru ini telah kembali ke rahmatullah kerana masalah paru-paru. Namun apa yang berbeza adalah pemergiannya sangat dicemburi orang ramai. 

 

Dari New Zealand terus ke pusat rawatan

Cikgu Anita Idris adalah cikgu yang sangat berkaliber dan dia begitu bersungguh-sungguh mengajar anak muridnya dalam permainan bola jaring. Malah, sebelum kepergiannya, dia dikatakan baru pulang dari New Zealand. 

Orang baik ni, senang sahaja kami urus dia tadi

Apa yang mengharukan apabila sangat ramai yang datang melawatnya. Betapa tinggi keperibadiannya sehinggakan ustazah yang menguruskan turut memuji mudahnya menguruskan wanita itu. 

 

Sempat tinggal petanda

Guru tersebut juga sempat berseloroh dengan ibunya ingin berpindah ke rumah baharu selepas pulang dari luar negara . Nampaknya bayangan membeli ‘rumah baru’ tersebut telah bertukar realiti cuma kali ini kekal abadi.  

Sumber: Facebook Cikgu Hussayn

Apa Komen Anda?