Kesihatan

Sengaja Cari Nahas, Doktor Bengang Dengan Sikap Degil Masyarakat Johor

Sengaja Cari Nahas, Doktor Bengang Dengan Sikap Degil Masyarakat Johor

Dalam usaha untuk mengekang penularan pandemik COVID-19, masyarakat Johor terutamanya dinasihatkan  melakukan penjarakan sosial ketika berada di kawasan terbuka. Bahkan negara China dan Korea Selatan sudah membuktikan kejayaan pendekatan tersebut apabila kadar jangkitan wabak semakin berkurang.


BACA: Gara-Gara Berdegil Tak Ikut Arahan KKM, Barisan Hadapan Negara Mungkin Lumpuh

Banyak pasaraya tak hirau kesihatan pengunjung

Meskipun ia sering ditekankan oleh pihak berkuasa, namun masih ada lagi pasaraya yang tidak mengamalkan pendekatan tersebut kepada pengunjung mereka terutama di Johor Bahru. Perkara ini dikongsi oleh seorang doktor pakar kanak-kanak, iaitu Hairin Anisa Tajuddin menerusi Facebook Live.

Sengaja Cari Nahas, Doktor Bengang Dengan Sikap Degil Masyarakat Johor

Sengaja Cari Nahas, Doktor Bengang Dengan Sikap Degil Masyarakat Johor

Mentaliti masyarakat pada tahap rendah

Dalam video yang dimuat naik semula oleh pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi, Dr. Hairin akui kesal dengan sikap sesetengah masyarakat negeri tersebut yang gagal menghentikan rantaian penularan wabak ini. Katanya, mentaliti masyarakat di kawasan red zone itu seakan masih berada di tahap yang rendah. Bahkan ada juga yang hadir ke pusat rawatannya kerana didapati demam selepas membawa anak kecil mereka ke pasaraya.


Ini antara tempoh yang sukar buat para doktor

Tidak cukup dengan itu, Dr. Hairin turut menegaskan bahawa sikap degil masyarakat ini pasti akan memberi kesan yang nyata ke atas ekonomi negara. Bahkan dia sendiri mengakui terpaksa menggunakan duit simpanan bagi membayar gaji pekerjanya. Malah dia juga sempat mencadangkan supaya pihak berkuasa melakukan pemantauan berkala ke atas pasaraya serta kawasan yang sering menjadi tumpuan pengunjung.


Sengaja Cari Nahas, Doktor Bengang Dengan Sikap Degil Masyarakat Johor

Sengaja Cari Nahas, Doktor Bengang Dengan Sikap Degil Masyarakat Johor
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Facebook Hairin Anisa Tajuddin & Instagram Datuk Aznil Hj Nawawi

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sengaja Cari Nahas, Doktor Bengang Dengan Sikap Degil Masyarakat Johor

Facebook

Telegram