“Senonohlah Depan Rezeki..” – Gelojoh Gaul Nasi & Durian, Nabil Mahir Dikecam

Sebelum ini, kecoh tentang berita putus cinta antara pengacara Nabil Mahir ini dengan aktres popular, Sarah Hildebrand sekitar awal tahun ini. Pernah menyifatkan episod perpisahan itu sebagai tamparan yang besar dalam hidupnya, namun Nabil dilihat semakin sudah move on daripada perkara tersebut. Selain sibuk dengan tugas di hadapan lensa kamera, dia juga kerap berkongsi pelbagai paparan makanan yang menarik di laman sosial miliknya.

BACA: “Gelojoh? Ye..” – Rekod Video Makan 1 Minit, Ramai Tegur Nonny Nadirah Pelahap

View this post on Instagram

Jemput makan! Sapa suka Durian? #durian #foodporn

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir) on

Terbaru, jejaka berusia 31 tahun ini ada memuat naik sebuah video menjamah nasi dengan raja buah, durian! Sambil dicampur dengan kikisan gula Melaka, dia dilihat teruja menjamah makanan yang kelihatan sangat rare tapi menyelerakan itu.

Namun begitu, gelagatnya yang menggaul kuat juadah tersebut telah mendapat kritikan daripada netizen. Rata-rata mereka menyatakan yang dia tidak ubah seperti budak-budak dan tidak hormat kepada rezeki di depan matanya.

Itu makanan…hormatlah & jangan buat benda tak senonoh pada rezeki

Orang single memang perangai tak senonoh..

Akibat putus cinta…rasa nak muntah!

Sumber: IG nabilmahir & Twitter MeleTOP

Apa Komen Anda?