Kandungannya sudah memasuki 9 bulan, bila-bila masa sahaja Ria Ricis akan bersalin anak sulung yang kini diberi gelaran ‘Baby R’. Melihat perkongsian yang dibuat menerusi YouTube, banyak persediaan yang sudah dibuat bakal ibu ini dan terbaru adalah mencuci baju anaknya menggunakan tangan. Sama seperti wanita lain, keterujaan melakukan aktiviti itu tidak membuat dirinya nampak penat meskipun perut semakin sarat.
BACA : Isu Suami Dikecam Dakap Erat Pelakon Perempuan, Ria Ricis Bongkar Hal Sebenar
Ria Ricis tak kisah sental baju anak tanpa guna mesin basuh
Membawa semua pakaian itu dengan besen kemudian duduk di dalam bath tub, Icis gigih menyental satu persatu sehingga ke bilasan yang terakhir. Kemudian, dia membawa baju tersebut ke luar balkoni tingkat atas rumahnya untuk disidai sehingga kering.
Aku dilihat oleh warga sekitar…Berasa seperti sedang live, heboh banget
Namun lucunya saat dia sedang menyidai baju-baju kecil itu, Ria mula tergelak kerana mendapati beberapa orang jirannya sedang memerhati dari kejauhan. Mungkin tuan badan sendiri tidak perasan, namun lensa kamera YouTuber terkenal Indonesia ini sempat merakamkan reaksi wajah mereka.
@groupriffs Vlog ro #riaricis1795 #teukuryantr #thericis #ricistr #ricistrfamily #fyp
Kelakar pula tengok abang yang baju merah tu…Jiran dia macam “haa bila lagi nak tengok retis sidai baju”
Melalui ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan ragam lucu jiran-jiran Icis. Selain itu, ada yang berseloroh mereka mengambil peluang keemasan itu untuk melihat ‘pemandangan’ orang terkenal menyidai pakaian.
Kredit : TikTok guruh rifki
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
