Beberapa hari lalu, Caprice telah mengejutkan orang ramai dengan berita perkahwinannya dengan seorang wanita kelahiran Kelantan. Oleh kerana dia tidak pernah berkongsikan gerangan buah hatinya, netizen kini mula memberikan perhatian terhadap keserasian cinta mereka berdua.
BACA: [VIDEO] Bercinta Lepas Nikah Wanita Kahwin Dengan Suami Allahyarhamah Sepupu
Keluar bersama, tiba-tiba Aleesya tanya “Mommy daddy dah kahwin ke belum? Takkanlah kami nak ada hubungan haram depan dia
Sering membuat Ask me a question melalui IG Story, Caprice menerima banyak soalan mengenai kehidupan barunya sebagai seorang bapa. Dalam masa sama, ada juga netizen bertanya apa yang membuatkan lelaki itu akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang. Rupa-rupanya ketika berada di sebuah pusat membeli-belah, satu hari Aleesya tiba-tiba menyoal sama ada ibunya dan lelaki itu sudahpun berkahwin.
@tigerofalquds never thought i would have to become a father this quickly.
Tak pernah terfikir akan masuk tempat Barbie..Demi Si Kecik tu, pilihlah apa you nak
Ditanyakan juga perasaan menjadi ayah kepada seorang budak perempuan berusia 5 tahun, Caprice dengan jujur menjawab ia bukanlah suatu perkara mudah baginya. Namun, dia kini sedang belajar dan berusaha untuk menjadi daddy yang baik kepadanya. Baru-baru ini, lelaki kelahiran Negeri Sembilan itu ada memuat naik satu posting ketika berada di sebuah kedai mainan untuk mendapatkan puterinya patung Barbie.
Congratulations…Caprice dah ada tanggungjawab besar sekarang
Sejak dikongsikan kompilasi IG Story berkenaan di TikTok, video tersebut telah meraih hampir 150 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, netizen tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada penyanyi berkenaan. Ada juga yang sempat mengingatkan lelaki itu tentang tanggungjawab selepas menjadi seorang suami dan ayah.
Sumber: TikTok Tiger of AlQuds & Instagram signbycap
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
