Rezeki itu sebenarnya bukan cepat atau lambat tiba. Tapi terkadang manusia lupa bahawa ia akan sampai pada waktu yang tepat. Maka, sebagai hamba kita disarankan untuk sentiasa bersangka baik walaupun menghadapi masalah seperti individu ini.
BACA: Ingatkan Nak Bersalin, Saharul Ridzwan Dedah Cerita Baby Tak Nak ‘Keluar’ Lagi
Rezeki Allah itu luas, jangan cakap tak ada duit
Pemilik akaun @AshAvril di Twitter mendedahkan andai kata sedang dalam kesempitan, dia mengingatkan tentang kepentingan untuk tak merungut. Hal ini kerana, dia percaya bahawa rezeki Allah itu luas dan akan dimurahkan jika pihak yang sedang menghadapi masalah itu mengamalkan sikap bersangka baik terhadap-Nya.

Konon perlu bantuan tapi tweet guna telefon mahal
Berkongsi sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa kerugian, malah individu yang suka melakukan perbuatan itu bakal diberikan ganjaran besar oleh Allah. Selain itu, gadis ini menegur pihak yang sering bersikap mementingkan diri sendiri dan bongkak apabila hidup senang serta mempunyai kuasa.

Kawan khianat pun tetap senyum lagi
Gadis ini turut mengakui ramai yang menganggap dia tidak mempunyai apa-apa masalah dan kekal tersenyum walhal sedang dikhianati rakannya sendiri. Dia kekal sabar menghadapi masalah tersebut dan hanya bercerita mengenai isu itu kepada orang tertentu sahaja. Kini, dia berasa lebih selesa dan kekal bersangka baik dengan Allah.
Sumber: Twitter @AshAvril
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura