Apabila tidak menemui kesefahaman lagi, biasanya pasangan suami isteri sepakat untuk berpisah cara baik demi mencari kebahagiaan sendiri. Namun begitu, prosesnya tidak terhenti pada lafaz talak sahaja kerana mereka perlu juga menaiki mahkamah untuk mendapatkan keputusan rasmi.
BACA : Jangan Persoal Jodohku-Pilih Lelaki Bangladesh, Wanita Syukur Suami Mithali
Salman pernah cakap “Jangan sampai dia buat sesuatu sebab di Bangladesh, dia berkuasa”
Namun bagi seorang wanita bernama Puan Ila ini, baru-baru ini dia meluahkan rasa sedih kerana menghadapi kepayahan urusan di mahkamah. Sudah bersetuju dengan suaminya yang merupakan warganegara Bangladesh untuk berpisah dengan damai tanpa khidmat peguam, dia tidak menyangka hal lain pula terjadi. Tidak datang ke sebutan pertama kerana difahamkan berada di Bangladesh, kemudian lelaki berkenaan tiba-tiba muncul di sebutan kedua membawa seorang lawyer. Mengenangkan perangai sebenar lelaki itu, Puan Ila akui kini dia merasa takut dengan keselamatannya.
@loveyla.hq Kalau nk cerita 3mnt pn tk ckup.. ap tindakan slnjutnya eyla sndri dh bntu🥺
@loveyla.hq Part 2 Apa nk jd lps ni jdilh, org yg tk berduit mmg sllu ditindas.
Kenapa tipu depan Tuan Hakim?…Ila tak faham kenapa hari ini takde angkat sumpah?…Sepatutnya sebelum mula kena sumpah
Sudah lama bersabar dengan dugaan yang menimpa, kini hati nuraninya sebagai seorang wanita seakan-akan sudah sampai ke batasan terakhir. Lebih menyedihkan, wanita ini mendakwa ada keterangan yang tidak betul ketika perbicaraan berlangsung disusuli asakan oleh peguam pihak sana selepas tamat persidangan.
@loveyla.hq
@loveyla.hq Replying to @cik_hasliza
Ila tak mampu nak bayar sesiapa pun…Bayangkan kami tunggu di luar, Salman dah berada di dalam
Dengan isu kewangan yang sedang tidak stabil, permasalahan itu kian memberikan Puan Ila tekanan berterusan. Apalagi, dia mendakwa dirinya pula ibarat dianaktirikan tanpa belas kasihan.
@loveyla.hq
@loveyla.hq Replying to @zuriaharis terima kasih semua yg dah membantu
Kredit : TikTok lovely hq
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
