Sepatutnya 0perate Hari Ini, Tapi Allah Lebih Sayangkan Adik Jannah..

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang boleh digambarkan mengenai nasib adik Nur Umairah Jannah Abdul Muhaimin yang menghidap lebihan cecair dalam kepala atau dikenali sebagai Hydrocephalus yang sangat teruk dan menyebabkan kepala beliau menjadi terlalu besar. Selepas mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia sejak beberapa minggu lalu, dukacita dimaklumkan bahawa anak istimewa ini telah pun menghadap Illahi sekitar tengah hari tadi.

BACA: Perkembangan Makin Positif! Ibu Kongsikan Video Ainul Dah Boleh Berdiri

Perancangan Allah lebih baik…Jannah sedang bermain di dalam syurga

Advertisement

Perkara itu dimaklumkan oleh beberapa pihak yang sentiasa membantu kebajikan bayi ini kerana dia datang daripada latar belakang keluarga yang cukup susah. Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghulurkan sumbangan serta doa sepanjang kepada anak ini.

Advertisement

Moment terakhir Jannah…sejam sebelum masuk bilik OT.

Pemergian Jannah pada hari ini sangat mengejutkan kerana dia sepatutnya menjalani 0peration di HUKM kali pertama dalam hidupnya. Sebelum itu, dia juga pernah beberapa kali mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di pusat rawatan sama sambil dibantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perak yang telah menyumbangkan sebuah unit kenderaan ambulan khas bagi tujuan tersebut. Terdahulu, pergerakan adik Jannah difahamkan semakin terbatas sejak dia berusia 8 bulan dan hanya mampu berinteraksi sambil dalam posisi baring apabila keadaan kepalanya yang semakin membengkak.

Advertisement

Sumber: FB Syahir Syafiq Tsd, SweetDhuha & Buletin TV3

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?