Hiburan Inspirasi Viral

Seperti Tidak Dimamah Usia, Normala Samsudin Kekal Cantik Di Usia 56 Tahun

Seperti Tidak Dimamah Usia, Normala Samsudin Kekal Cantik Di Usia 56 Tahun

Sharing is caring!

Apabila usia seseorang perempuan itu semakin meningkat, wajahnya akan mula menunjukkan tanda-tanda penuaan dan kulit muka tidak lagi seperti waktu muda-mudi dahulu. Terutamanya apabila sudah menjangkau usia 50 tahun dan ke atas. Namun begitu, tidak semua wanita mempunyai masalah seperti itu termasuklah selebriti wanita ini yang pernah menghiasi kaca televisyen pada 10 tahun lalu.

BACA: “Dah Kahwin, Ada Anak.. Tiada Masa Nak Tiru Ariana Grande” -Ibu Muda Akui Rimas

Seperti Tidak Dimamah Usia, Normala Samsudin Kekal Cantik Di Usia 56 Tahun

Gambar bersama Puan Sri Normala Samsudin

Terbaharu, seorang gadis telah berkongsi sekeping gambar di Twitter miliknya yang memaparkan dia bersama Puan Sri Normala Samsudin. Posting tersebut telah menjadi tumpuan para netizen yang merasa kagum melihat gambar itu. Setakat ini, perkongsian ini berjaya meraih lebih daripada 2 ribu retweets.


Seperti Tidak Dimamah Usia, Normala Samsudin Kekal Cantik Di Usia 56 Tahun

Kekal cantik seperti tidak dimamah usia

Menurut @najihahshahrel, wanita yang dikenali ramai tersebut merupakan nenek kepada saudaranya. Apa yang menjadi menjadi tumpuan orang ramai adalah kejelitaan wajah Puan Sri itu yang seperti tidak dimamah usia langsung. Walaupun kini usianya telah mencecah 56 tahun, namun beliau masih kekal cantik dan menawan.

Rindu nak tengok dia mengacara macam dulu

Rata-rata netizen memuji kecantikan dimiliki bekas pengacara tersebut. Mereka juga turut bertanyakan tentang rutin penjagaan muka yang diamalkan Puan Sri Normala itu. Malahan, ada yang meluahkan rasa rindu untuk melihat wanita tersebut kembali dalam dunia pengacaraan.


Seperti Tidak Dimamah Usia, Normala Samsudin Kekal Cantik Di Usia 56 Tahun Seperti Tidak Dimamah Usia, Normala Samsudin Kekal Cantik Di Usia 56 Tahun Seperti Tidak Dimamah Usia, Normala Samsudin Kekal Cantik Di Usia 56 Tahun Seperti Tidak Dimamah Usia, Normala Samsudin Kekal Cantik Di Usia 56 Tahun

Sumber: Twitter najihahshahrel


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Seperti Tidak Dimamah Usia, Normala Samsudin Kekal Cantik Di Usia 56 Tahun

Sharing is caring!