Family Inspirasi

“Sepupu Kahwin 21 Tahun. Bukan Nak Cakap Soal Umur, Tapi Ni Pasal Kawan2 Dia..”

“Sepupu Kahwin 21 Tahun. Bukan Nak Cakap Soal Umur, Tapi Ni Pasal Kawan2 Dia..”

Tidak dinafikan, kehadiran rakan-rakan dalam majlis perkahwinan selain ahli keluarga serta sanak saudara pastinya amat bermakna untuk tiap pengantin. Tak kiralah sebagai bridesmaids, mak andam, atau sekadar tetamu ke acara istimewa itu, pastinya kehadiran mereka dapat memberikan berkat kepada raja sehari. Namun kisah mengenai sekumpulan rakan yang dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama Fudail Azhar sewaktu menghadiri majlis perkahwinan sepupunya baru-baru ini ternyata sangat rare untuk ditemui pada masa kini. 

BACA: Ibu Ayah Bagi Lampu Hijau, Baca Sebab Pengantin Ini Nikah Seawal Usia 20 Tahun!

Kitorang expect biasa2 je…Walaupun bajet sikit, pelamin dia meja pengantin semua mewah!

Menurut Fudhail, sepupunya yang berkahwin muda itu bukanlah datang dari latar belakang keluarga yang berada. Meskipun anggaran perbelanjaan majls tersebut difahamkan agak rendah, namun perkahwinan mereka tetap berlangsung mewah dan meriah. Rupa-rupanya kawan pengantin ini turut menghulurkan sedikit wang selain pakciknya untuk katering.


“Sepupu Kahwin 21 Tahun. Bukan Nak Cakap Soal Umur, Tapi Ni Pasal Kawan2 Dia..”

“Sepupu Kahwin 21 Tahun. Bukan Nak Cakap Soal Umur, Tapi Ni Pasal Kawan2 Dia..”
Gambar sekadar hiasan

Masa kenduri tu takde sorang pun ahli keluarga cuci pinggan…semua kawan2 dia yang buat

Antara perkara lain yang turut menarik perhatiannya adalah semua rakannya itu turut sudi ‘merewang’ demi melancarkan lagi perjalanan majlis tersebut. Oleh itu, semangat setiakawan yang ditampilkan oleh mereka sangat dikagumi oleh Fudail.

“Sepupu Kahwin 21 Tahun. Bukan Nak Cakap Soal Umur, Tapi Ni Pasal Kawan2 Dia..”


“Sepupu Kahwin 21 Tahun. Bukan Nak Cakap Soal Umur, Tapi Ni Pasal Kawan2 Dia..”

“Sepupu Kahwin 21 Tahun. Bukan Nak Cakap Soal Umur, Tapi Ni Pasal Kawan2 Dia..”
Gambar sekadar hiasan

Mungkin rezeki paksu sebab sifat murah hati…dia layan kawan2 anak macam anak dia juga

Dalam pada itu, pemuda ini turut tidak menolak bahawa situasi yang disaksikan olehnya dalam majlis itu adalah berkat daripada sifat baik yang selalu dilakukan oleh bapa saudaranya juga. Ujar Fudhail, dia tidak pernah lekang melayan dan menjamu kesemua kawan anak-anaknya itu setiap kali mereka bertandang ke rumah. Meskipun dia juga pernah dilanda masalah kesihatan beberapa minggu sebelum itu, namun majlis perkahwinan anaknya tetap berlangsung dengan meriah pada hari tersebut.

“Sepupu Kahwin 21 Tahun. Bukan Nak Cakap Soal Umur, Tapi Ni Pasal Kawan2 Dia..”


“Sepupu Kahwin 21 Tahun. Bukan Nak Cakap Soal Umur, Tapi Ni Pasal Kawan2 Dia..”

“Sepupu Kahwin 21 Tahun. Bukan Nak Cakap Soal Umur, Tapi Ni Pasal Kawan2 Dia..”
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter FudhailAzhar

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Sepupu Kahwin 21 Tahun. Bukan Nak Cakap Soal Umur, Tapi Ni Pasal Kawan2 Dia..”

Facebook

Telegram