Tak dinafikan, banyak kontroversi melibatkan rumah tangga pasangan selebriti menjadi tumpuan ramai sejak akhir-akhir ini. Ada yang memilih untuk terus mengunci mulut, tidak kurang juga yang tampil bongkarkan kekurangan masing-masing sewaktu duduk serumah dahulu. Pun begitu, yang wajar dijadikan contoh tauladan adalah mereka yang menyelesaikan segala perselisihan faham dengan penuh harmoni.
BACA : “I Minta Maaf Duakan You” – Isteri Niaga Live, Shukri Yahaya Gasak Main Filter
Happy birthday Mohamad Shukri…semoga yang baik-baik untukmu selalu
Semalam, Sera atau nama sebenarnya Rossalenah Natassyiah Asshaferah menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran Shuk Sahar. Di samping memuat naik kompilasi video suaminya bersama anak-anak mereka, dia turut doakan yang terbaik buat Shuk untuk urusan kehidupannya selepas ini.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Shuk, Sera masih belum memutuskan untuk kekal sebagai suami isteri atau tidak
Memetik portal Utusan Online minggu lalu, Shuk Sahar menjelaskan kini dirinya bersama isteri kekal bersahabat baik dan tidak lagi bermusuhan. Buktinya, mereka bersama-sama terbang ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah awal tahun ini. Namun apabila disoal mengenai permohonan berpisah yang difailkan Sera sebelum ini, Shuk akui kedua-dua belah pihak belum memutuskan sama ada kekal sebagai suami isteri atau tidak.
Terbaik Sera…semoga dipermudah urusan kalian berdua & anak-anak
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira lihat persahabatan antara Shuk dan Sera meskipun banyak kontroversi panas melanda mereka dahulu. Di samping ucapkan selamat hari jadi, mereka turut doakan pelawak tersebut berubah sekali gus dapat kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
Kredit : IG rossa.sera & Utusan Online
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura