Serabut Tantrum Anak Sampai Berguling Atas Lantai? Biarkan Saja Mereka..

Kebanyakan ibu bapa atau pun guru yang bertugas di tadika pasti pernah berhadapan dengan situasi anak kecil ‘buat perangai’ atau tantrum. Walaupun perkara ini normal dalam tumbesaran anak-anak, namun mengendalikan mereka semasa dalam keadaan itu memang sangat menguji kesabaran lebih-lebih lagi jika berada di tempat awam. Bagi yang tidak mengetahui cara untuk mengawal situasi itu atau baru sahaja bergelar ibu bapa, boleh ikuti perkongsian oleh Dr. Kamarul Ariffin ini.

BACA: Ibu Luah Geram Layanan Staf Masa Beli Baju Raya, Anak OKU Dihalau Macam Sampah!

Langkah pertama adalah jangan marah & biar saja mereka 

Jelasnya, tantrum adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh mereka untuk meraih perhatian ibu bapa. Oleh sebab mereka masih kecil dan tidak tahu cara yang sepatutnya dilakukan untuk mendapatkan sesuatu, maka mereka akan menunjukkan perasaan menerusi tindakan yang sangat annoying.  Apabila mereka melakukannya, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah jangan dimarah atau ditegur kerana emosi mereka ketika itu adalah tidak rasional dan tidak akan dengar apa yang orang lain sampaikan.

Gambar sekadar hiasan

Jangan turutkan permintaan anak-anak

Ada pula sesetengah ibu bapa yang malas melayan tantrum anak, jadi diikutkan sahaja permintaan mereka. Meskipun cara ini dapat menghentikan tantrum buat sementara waktu, namun amalan ini tidak bagus bagi jangka masa yang panjang kerana anak akan percaya bahawa itulah langkah paling berkesan demi memenuhi semua kemahuan mereka.

Abaikan tantrum anak…tapi dengan syarat mereka dalam keadaan selamat

Menurut doktor ini, langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah elakkan daripada melayan tantrum anak. Bagaimanapun, perkara ini hanya boleh dilakukan apabila anak-anak anda memenuhi syarat seperti ini; sudah berada di kawasan yang selamat, tiada sebarang objek yang boleh jadi ancaman kepadanya serta tidak menyakitkan diri sendiri. Tambah Dr Kamarul lagi, biasanya mereka akan berhenti selepas kira-kira 10 minit kerana penat cuba dapatkan perhatian.

Gambar sekadar hiasan

Abaikan apa orang luar nak kata..

Selalunya situasi ini akan berlaku jika anak menunjukkan aksi tantrum di luar rumah. Perbuatan untuk mengabaikan anak dalam keadaan seperti itu akan mengundang kritikan daripada oleh sesetengah pihak. Bagaimanapun, anda sebagai ibu dan bapa perlu ketahui yang perkara itulah terbaik buat anak-anak.

Bila anak-anak dah berhenti tunjuk perasaan…rasionalkan mereka kembali

Langkah terakhir ini hanya boleh dilakukan selepas anak-anak bertenang kerana waktu ini emosinya pemikiran mereka sedang beransur-ansur menjadi stabil. Pada masa inilah juga ibu bapa perlu memainkan peranan dan tunjukkan perhatian dan kasih sayang yang dimahukan oleh mereka. Terus dakap dan berikan sedikit masa kepada anak-anak untuk memberitahu apa yang mereka mahukan. Selain itu, nasihatkan juga kepada mereka bahawa perbuatan itu salah dan tidak akan mendatang sebarang hasil pun jika diteruskan.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Kamarul Ariffin Nor Sadan

Apa Komen Anda?