Isu Semasa Kesihatan

Serah Diri Untuk Pemeriksaan Kesihatan, Dapat RM6,000 Jika Positif Covid-19

Serah Diri Untuk Pemeriksaan Kesihatan, Dapat RM6,000 Jika Positif Covid-19

Sharing is caring!

Sehingga kini, isu mengenai koronavirus yang dikenali sebagai Covid-19 ini masih lagi menjadi perbincangan di seluruh dunia. Di China, jumlah mereka yang dijangkiti dan kehilangan nyawa disebabkan wabak ini juga semakin meningkat walaupun pelbagai inisiatif telah dilakukan. Difahamkan, hal ini berlaku kerana ramai yang dijangkiti virus ini memilih untuk tidak mendapatkan rawatan di pusat kesihatan.

BACA: Langsung Tidak Diberikan Ubatan, Bayi Hidap Koronavirus Kini Pulih Sepenuhnya


Perlu disahkan positif sebelum diberi ganjaran

Merujuk kepada Sinar Harian, sebuah bandar di Hubei telah menawarkan ganjaran sebanyak 10,000 Yuan (RM6,000) kepada mereka yang didiagnos dengan Covid-19. Para penduduk di bandar berikut harus menyerah diri jika mereka mempunyai simptom-simptom virus tersebut dan perlu disahkan positif terlebih dahulu sebelum dibenarkan menuntut wang itu.

Serah Diri Untuk Pemeriksaan Kesihatan, Dapat RM6,000 Jika Positif Covid-19
Gambar sekadar hiasan

Mahu menggalakkan pemeriksaan kesihatan

Menurut pasukan petugas Qianjiang, ganjaran tersebut diberikan sebagai usaha untuk menggalakkan orang ramai melakukan pemeriksaan kesihatan. Wang ini hanya akan diberikan kepada penduduk yang baru didiagnos positif sahaja dan ia tidak termasuk penghidap koronavirus sebelum ini. 


Serah Diri Untuk Pemeriksaan Kesihatan, Dapat RM6,000 Jika Positif Covid-19
Gambar sekadar hiasan

Dapat ganjaran jalani pemeriksaan secara sukarela

Selain itu, sesiapa yang terjejas disebabkan virus akan menerima ganjaran 1,000 Yuan (RM600) dan mereka yang disyaki juga akan diberikan 2,000 Yuan (RM1,200). Beberapa daerah lain di Hubei turut menawarkan wang tunai 500 Yuan (Rm300) kepada mereka yang sudi menjalani pemeriksaan kesihatan secara sukarela.

Sumber: Sinar Harian Online


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!