Cinta Family

Sering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus Cinta

Sering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus Cinta

Sharing is caring!

Bila berbicara tentang jodoh, semua orang pasti mempunyai kisah tersendiri bagaimana mereka berjumpa dengan teman hidup masing-masing. Kadangkala perkenalan yang singkat juga boleh dibawa sehingga ke jinjang pelamin. Demikianlah perjalanan cinta yang dikongsikan oleh seorang wanita yang bertemu jodoh dengan suaminya melalui laman Instagram.

BACA : Calon Isteri Takde Tapi Gigih Gubah Mas Kahwin, Lepas 3 Tahun Baru Jumpa Jodoh

Sering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus Cinta
Kredit foto : Harian Metro

Baru lepas putus cinta

Menurut Syuhada Aina Jamil, dia dalam fasa ‘murung’ disebabkan baru putus cinta dengan bekas teman lelaki. Syuhada memberitahu punca perpisahan tersebut adalah tidak mendapat restu daripada keluarga lelaki. Walaupun sudah lama menjalinkan hubungan dan telah merancang untuk ke fasa seterusnya, wanita tersebut redha dengan keputusan tersebut.


Sering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus Cinta

Sering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus Cinta
Kredit foto : Harian Metro

Kenal suami di Instagram

Sudah menjadi lumrah manusia apabila seseorang itu sedang dalam proses ‘move on’, mereka akan sibukkan diri mereka dengan aktiviti lain. Bagi Syuhada, dia menghabiskan masa lapangnya dengan melayari laman Instagram. Menurutnya, dia suka melihat moment¬†pengguna laman media sosial tersebut dan salah satunya post dan caption suaminya, Mohd Arif Isyad.

Sering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus Cinta

Sering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus Cinta
Kredit foto : Harian Metro

Minta nombor telefon

Di laman media sosial tersebut, Syuhada kerap berbalas komen dengan Arif. Beberapa ketika jejaka berkenaan meminta wanita itu untuk bersembang di aplikasi WeChat sebelum meminta nombor telefon. Apabila teman hidupnya itu minta untuk bertemu, Syuhada menerimanya kerana memikirkan dia tidak mempunyai apa-apa komitmen dan hanya untuk berkawan.

Sering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus Cinta

Sering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus Cinta
Gambar sekadar hiasan

Uji dengan kereta kancil

Syuhada mula mengesan suaminya serius dalam perhubungan mereka ketika pertama kali berjumpa. Menurut wanita itu, jejaka berkenaan menguji dirinya dengan membawa kereta kancil lama. Syuhada menyatakan dia tidak kisah dengan semua itu kerana niat awalnya adalah sekadar untuk berkenalan. Apa yang menarik, kereta tersebut rosak di tengah jalan dan mereka terpaksa meminta bantuan orang ramai.


Sering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus CintaSering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus Cinta

Sering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus Cinta
Gambar sekadar hiasan

Ingatkan gurau ajak kahwin

Memandangkan mereka baru berkenalan, wanita itu menganggap lamaran suaminya untuk berkahwin hanyalah sekadar gurauan. Namun melihat kegigihan jejaka tersebut termasuk membawa dia berjumpa dengan keluarga membuatkan Syuhada menerima lamaran tersebut. Tambahan pula, keluarga suaminya merestui hubungan mereka. Sikap suaminya yang bertanggungjawab turut menjadi faktor penerimaannya.

Sering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus CintaSering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus Cinta

Sering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus Cinta
Kredit foto : Harian Metro

 

Cabaran kahwin ‘ekspres’

Syuhada juga memaklumkan fasa mengenali hati budi masing-masing adalah dalam tempoh tahun pertama perkahwinan. Dia juga tidak malu untuk mengaku dalam tempoh tersebut, mereka sering berselisih faham kerana sering bercanggah pendapat. Namun pada tahun kedua, mereka sudah dapat menyesuaikan diri dan mengendali emosi masing-masing. Wanita itu juga memberitahu komunikasi dan kepercayaan kepada teman hidup menjadi kunci utama kebahagiaan dalam rumah tangga.

Sering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus Cinta

Sering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus Cinta
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Harian Metro


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sering Berbalas Di Instagram, Tak Sangka Bertemu Jodoh Lepas Putus Cinta

Sharing is caring!