Antarabangsa Artis Family

Sering Dibahan Isu ‘Ikan Masin’, Fairuz Sedih Anak Trauma Bila Jumpa Wartawan

Sering Dibahan Isu ‘Ikan Masin’, Fairuz Sedih Anak Trauma Bila Jumpa Wartawan

Terdahulu, sempat tular di serata media sosial mengenai kisah seorang pelakon Indonesia yang menghina bekas isterinya dalam sebuah podcast. Hal itu selepas Galih Ginanjar telah menyamakan bau private part wanita tersebut dengan ‘ikan masin’ sebelum dipenjara selama 2 tahun gara-gara hinaan berkenaan. Malah, dia juga pernah meragui status anaknya iaitu King Faaz sehingga menyebabkan hubungan mereka retak serta dilarang untuk berjumpa.


BACA: Isu Parodi, Zidan Sedih Keluarga Kena Tempias -Hina Aku Jangan Ibu Bapaku

Saya sudah maafkan semua yang terjadi…cuma saya minta biarkkan anak hidup normal

Baru-baru ini, pelakon Fairuz A Rafiq telah kembali bercerita semula mengenai isu tersebut ketika hadir dalam rancangan ‘Celoteh Melaney’. Menurut portal Gempak, dia sudahpun memaafkan perilaku Galih dan berharap agar anaknya tidak lagi diganggu mengenai isu berkenaan. Pada masa sama, selebriti itu hanya ingin melihat cahaya matanya hidup normal seperti orang lain.

Sering Dibahan Isu ‘Ikan Masin’, Fairuz Sedih Anak Trauma Bila Jumpa Wartawan

Sering Dibahan Isu ‘Ikan Masin’, Fairuz Sedih Anak Trauma Bila Jumpa Wartawan

Anak kerap menerima gangguan daripada kawan-kawan di sekolah

Bercerita mengenai bentuk gangguan tersebut, dia mendedahkan bahawa King Faaz sering ‘dibahan’ oleh rakan di sekolah ekoran cerita yang tular tentang ibunya. Malah, ada juga yang kerap bertanya tentang isu berkenaan serta perbalahan melibatkan dua orang selebriti itu. Biarpun sedih, namun si kecil terpaksa kuatkan diri untuk menempuh segala dugaan yang mendatang.


@tsmedia.id

King Faaz menangis karena ini… #fyp #foryou #viral #viral2022 #tsmedia #comel #melaneyricardo #kingfaazarafiq #fairuzarafiq

♬ original sound – TS Media – TS Media

Sering Dibahan Isu ‘Ikan Masin’, Fairuz Sedih Anak Trauma Bila Jumpa Wartawan

Setiap kali melihat wartawan, dia jadi takut sangat untuk ditemu bual

Ekoran kontroversi yang terjadi, anak berusia 10 tahun berkenaan ketika ini sedang berdepan trauma setiap kali melihat kumpulan wartawan. Hal itu selepas dia berasa takut akan disoal mengenai bapanya dan hanya mampu lari apabila melihat mereka.


Sering Dibahan Isu ‘Ikan Masin’, Fairuz Sedih Anak Trauma Bila Jumpa Wartawan

Sering Dibahan Isu ‘Ikan Masin’, Fairuz Sedih Anak Trauma Bila Jumpa Wartawan

Kredit: TikTok TS Media & Portal Gempak 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sering Dibahan Isu ‘Ikan Masin’, Fairuz Sedih Anak Trauma Bila Jumpa Wartawan

Facebook

Telegram