Family Viral

Sering Diejek Ketika Bermain, Kanak-Kanak Istimewa ‘Trauma’ Untuk Keluar Rumah

Sering Diejek Ketika Bermain, Kanak-Kanak Istimewa ‘Trauma’ Untuk Keluar Rumah

Sharing is caring!

Dilahirkan cacat dan tidak sempurna sering menjadi mimpi ngeri oleh setiap insan. Hal ini kerana mereka akan sering dipandang serong oleh masyarakat berbanding yang mengambil berat tentang kehidupan mereka. Melalui perkongsian Sharizatul Shema Hashim, dia telah merungkai kisah hidup kanak-kanak perempuan bernama Norhidayah Fatihah yang berusia 5 tahun dan mengalami Facial Cleft atau sumbing muka sejak lahir.

BACA : Sebak, Anak ‘Diikat’ Menjadi Pemandu Arah Ibu Bapa Yang Cacat Penglihatan

Sering Diejek Ketika Bermain, Kanak-Kanak Istimewa ‘Trauma’ Untuk Keluar Rumah

Dah 2 kali jalani operation

Lebih menghibakan adalah ibunya merupakan seorang ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Setakat ini, kanak-kanak istimewa itu telah menjalani operation sebanyak 2 kali untuk memulihkan wajahnya.

Sering Diejek Ketika Bermain, Kanak-Kanak Istimewa ‘Trauma’ Untuk Keluar Rumah


Sering Diejek Ketika Bermain, Kanak-Kanak Istimewa ‘Trauma’ Untuk Keluar Rumah

Takut jadi bahan bualan

Walaupun ibu Norhidayah mengharapkan bantuan daripada pelbagai pihak, namun dia tidak mahu kisahnya dipaparkan di media sosial. Menurutnya, sebelum ini dia pernah dituduh menggunakan Norhidayah untuk mengaut keuntungan tanpa berusaha terlebih dahulu. Tambahnya lagi, keadaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) telah menyukarkannya untuk mencari pekerjaan.

Sering Diejek Ketika Bermain, Kanak-Kanak Istimewa ‘Trauma’ Untuk Keluar Rumah

Sering Diejek Ketika Bermain, Kanak-Kanak Istimewa ‘Trauma’ Untuk Keluar Rumah

Diejek zombie ketika bermain

Bagi sesetengah kanak-kanak, bermain di taman permainan menjadi kegilaan buat mereka. Namun berbeza pula Norhidayah apabila lebih gemar duduk di rumah. Hal ini kerana anak istimewa  itu pernah diejek dengan panggilan zombie suatu masa dahulu semasa sedang bermain di taman permainan. Malah perasaan ‘trauma’ tersebut turut menyebabkan dia tidak mahu bersekolah. Walau bagaimanapun, kisah kanak-kanak itu telah mendapat perhatian daripada netizen. Berkat daripada sumbangan dan bantuan orang ramai, akhirnya Sharizatul berjaya menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut.


Sering Diejek Ketika Bermain, Kanak-Kanak Istimewa ‘Trauma’ Untuk Keluar Rumah

Sering Diejek Ketika Bermain, Kanak-Kanak Istimewa ‘Trauma’ Untuk Keluar Rumah

Sering Diejek Ketika Bermain, Kanak-Kanak Istimewa ‘Trauma’ Untuk Keluar Rumah

Sumber : Facebook Sharizatul Shema Hashim


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sering Diejek Ketika Bermain, Kanak-Kanak Istimewa ‘Trauma’ Untuk Keluar Rumah

Sharing is caring!