Sering Dihina Pasal Majlis Graduasi Murid, Guru Luah Terkilan Sikap Masyarakat

Sejak akhir-akhir ini, ramai pihak menyatakan rasa tidak puas hati terhadap penganjuran majlis keraian bagi para pelajar di sesetengah tadika dan sekolah menerusi segenap ruangan media sosial. Antara isu yang paling kerap disentuh adalah terbeban dengan kos yuran jamuan serta kelengkapan pakaian khas seperti jubah konvokesyen. Malah terdapat juga beberapa kisah berkaitan event sedemikian menjadi tular kerana meruntun jiwa ramai netizen.

BACA: Budaya Konvo Peringkat Tadika dan Sekolah Rendah Tambah Beban Ibu Bapa

Pasal graduasi & jamuan…cikgu dihina

Advertisement

Baru-baru ini, seorang guru dikenali sebagai Puan Norliza Md Nor telah tampil meluahkan isi hati dari sudut pendidik berhubung situasi tersebut. Ujarnya, provokasi dan tohamahan negatif yang dilemparkan jauh lebih perit daripada sebarang masalah kesihatan yang pernah dialaminya. Malah dakwaan-dakwaan tersebut dilihat bagai tidak berpenghujung apabila masyarakat sering meletakkan semua jenis kesilapan di bahu para guru.

Advertisement

Cikgu bodoh ni yang buat banyak pengorbanan untuk murid

Menerusi status panjang di akaun Facebooknya lagi, wanita ini turut memberikan beberapa contoh situasi yang menggambarkan pengorbanan guru dalam berhadapan dengan pelbagai kerenah murid dan ibu bapa. Hakikatnya, golongan yang sering dihina inilah sanggup mengutamakan anak-anak muda demi masa depan mereka.

Advertisement

Jiwa guru masih ada, tapi..

Advertisement

Walaupun diakui bahawa tidak semua ibu bapa bersikap sedemikian, namun Puan Norliza berasa amat terkilan terhadap pihak yang menegur secara kurang beradab. Katanya, tanggapan buruk yang selalu berlegar-legar di media sosial sedikit sebanyak telah menjatuhkan moral dan jiwa para pendidik sepertinya.

Advertisement

Sumber: FB Norliza Md Nor

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?