Inspirasi Tips

“Isteri Adalah Amanah, Kita Jaga Amanah Allah Maka Allah Jaga Rezeki Kita”

“Isteri Adalah Amanah, Kita Jaga Amanah Allah Maka Allah Jaga Rezeki Kita”

Sharing is caring!

Tanggungjawab seorang suami bermula secara sendiri sejurus sah diijabkabulkan. Dalam memastikan perkahwinan kekal teguh hingga ke hujung nyawa, kedua suami dan isteri perlu peka dengan tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul. Bagi seorang suami, bukan hanya nafkah batin yang perlu diambil kira malah nafkah zahir juga tidak boleh dipandang remeh oleh mereka. 

BACA: Tanggungjawab Ibu Ayah Hanya Besarkan Anak, Bukan Rosakkan Rumah Tangga Mereka

Suami sentiasa on time beri ‘gaji’ kepada isteri

Menjengah ke satu posting yang telah dimuat naik oleh wanita bernama Marliya Ramli, dia sempat menceritakan satu kisah di mana seorang suami yang tidak pernah culas dalam memberi nafkah kepada si isteri. Setiap bulan, lelaki tersebut pasti akan cuba memberi duit belanja kepada wanita berkenaan secara ‘on time‘. Bukan sahaja itu, malah keperluan asas si isteri turut tidak dilupakan. 


“Isteri Adalah Amanah, Kita Jaga Amanah Allah Maka Allah Jaga Rezeki Kita”

“Isteri Adalah Amanah, Kita Jaga Amanah Allah Maka Allah Jaga Rezeki Kita”
Gambar Sekadar Hiasan
“Isteri Adalah Amanah, Kita Jaga Amanah Allah Maka Allah Jaga Rezeki Kita”
Gambar Sekadar Hiasan

Amalan inilah yang membantu meluaskan rezeki

Dek kerana amalan yang selalu dipraktikkan tersebut, rezeki lelaki berkenaan seolah mencurah-curah serta tidak putus masuk. Walaupun si isteri mungkin lebih daripada mampu untuk menyara diri sendiri, namun nafkah tetap nafkah dan wajib diserahkan kepadanya sebagai salah satu tanggungjawab. Bukan angka yang menjadi ukuran tetapi ia adalah kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

“Isteri Adalah Amanah, Kita Jaga Amanah Allah Maka Allah Jaga Rezeki Kita”

“Isteri Adalah Amanah, Kita Jaga Amanah Allah Maka Allah Jaga Rezeki Kita”

“Isteri Adalah Amanah, Kita Jaga Amanah Allah Maka Allah Jaga Rezeki Kita”
Gambar Sekadar Hiasan

 

Jangan membazir setiap peruntukan yang suami bagi

Menurutnya lagi, si isteri pula seharusnya bertindak bijak dengan ketika menggunakan pemberian oleh suami. Wanita berkenaan menyarankan untuk memperuntukkan sebahagian daripada wang yang diterima dalam simpanan. Jumlah yang sudah mencukupi pula digunakan untuk membeli emas untuk pelaburan masa akan datang. Tindakan tersebut mampu membantu si isteri sewaktu berada disaat genting.


“Isteri Adalah Amanah, Kita Jaga Amanah Allah Maka Allah Jaga Rezeki Kita”

“Isteri Adalah Amanah, Kita Jaga Amanah Allah Maka Allah Jaga Rezeki Kita”

Sumber: Facebook Marliya Ramli


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Isteri Adalah Amanah, Kita Jaga Amanah Allah Maka Allah Jaga Rezeki Kita”

Sharing is caring!