Serius Jimat! Majlis Kahwin Konsep Hi-Tea, Wanita Dedah Belanja Tak Cecah RM 3K

Realiti kehidupan sekarang ini, ada calon untuk dijadikan sebagai suami atau isteri sahaja belum kukuh lagi untuk membolehkan anda menamatkan zaman bujang. Hakikatnya antara dilema yang sering dilalui oleh rata-rata orang adalah masalah duit belum mencukupi untuk mengadakan majlis perkahwinan. Meskipun ianya bukanlah perkara wajib, namun ianya adalah majlis yang hanya akan dilakukan sekali seumur hidup dan bila lagi nak gembirakan tetamu yang hadir membawa berkat kan?

BACA: Kos Tak Sampai RM500, Wanita Kongsi Tips Majlis Nikah Simple Lagi Barakah!

Namun jika anda dan partner mementingkan budget perbelanjaan tapi masih mahu mengadakan majlis yang meriah, boleh boleh ikuti tips daripada jurufoto wanita ini yang hanya menghabiskan kurang daripada RM3 ribu untuk majlis perkahwinannya dengan jemputan 200 orang sahaja. Perkongsian daripada pemilik akaun Twitter bernama Sis Nad ini telah meraih lebih 3 ribu retweets ketika artikel ini ditulis.

Konsep majlis perkahwinan yang dijalankan semasa Hi-Tea..

Berbeza dengan majlis yang biasa dilakukan oleh orang lain, konsep perkahwinan sebegini hanya berlangsung pada waktu petang termasuklah aturcara perarakan masuk pengantin. Oleh kerana semuanya mahu dihabiskan pada waktu petang, jadi kita juga dapat mengawal jumlah tetamu yang hadir.

 

Gambar sekadar hiasan

Jimat belanja tempat majlis & budget makanan

Malah konsep minum petang ini juga membolehkan kita untuk berjimat dari segi perbelanjaan tempahan lokasi dan makanan untuk menjayakan majlis raja sehari. Malah Nad turut menyarankan untuk memilih lokasi yang turut boleh menyediakan servis penyediaan makanan sekali kerana jumlah hidangan tidak ramai. Konsep Hi Tea juga biasanya tidak menghidangkan makanan berlauk, jadi memang satu bonus dekat situ!

Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan

Kad kahwin kena letak tentatif & tema

Akhir sekali, wanita ini turut mencadangkan para pengantin yang mahu melakukan konsep sebegini supaya memaklumkan terlebih dahulu tentang aturcara majlis serta tema jika ada di dalam kad jemputan masing-masing. . Selain tampak lebih meriah, kaedah ini juga membolehkan para tetamu untuk menuruti timing sesuatu majlis tersebut agar tidak terlalu lambat habis. Jika mahukan mood yang lebih romantik, pasangkan sahaja lagu instrumental sepanjang majlis berlangsung.

Contoh kad kahwin

Sumber: Twitter NadJsmi

Apa Komen Anda?